Positive Harga Proton X50 RM70 ribu lebih???
Harga Proton X50 dah keluar ke? Inilah yang membuat rakyat Malaysia tidak senang duduk dari tahun lepas lagi. Kenderaan utiliti sukan(SUV) yang kedua dari Perusahaan Otomobil Nasional(Proton) yang juga digelar “adik” kepada Proton X70 ini adalah hasil daripada kerjasama antara Proton dan juga Geely.
Sejak dari tahun lepas lagi, Proton X50 hangat dibincangkan kerana tular gambar-gambar serta video ‘spyshot‘ kenderaan itu di media sosial seperti video dibawah.
Lagi menguatkan ura-ura keluaran model itu adalah kerana, kereta tersebut juga telah muncul dalam video iklan Proton sempena Hari Merdeka pada 31 Ogos lalu, ianya seakan memberi bayangan lebih jelas bahawa Proton X50 Segmen B itu bakal diperkenalkan tidak lama lagi!
Isi Kandungan
Proton X50 Bakal Dilancarkan Pada Bulan Depan
Desas-desus itu berakhir apabila laman berita Astro Awani mendedahkan bahawa kereta tersebut bakal dilancarkan pada bulan depan. Ianya pasti mendatangkan kegembiraan kepada peminat-peminat kereta ini yang sering menjadi bualan di media sosial sekian lama.
*INI ADALAH VIDEO TERBARU PROTON X50 OLEH PAUL TAN’S AUTOMOTIVE NEWS*
Spesifikasi Dan Teknologi Canggih
“Power Proton X50 ni. Level 2 Autonomous driving. Balik kampung highway akan jadi lebih mudah dan tidak memenatkan. Boleh pandu sendiri? Ya. Tapi Sistem masih memerlukan anda untuk memegang steering. Jangan letak botol air kat steering untuk bypass detection tak pegang steering. Ini masih level 2 semi autonomous ya.”
Berikut adalah 4 jenis model yang dikhabarkan:
Harga Proton X50 RM70 ribu lebih betul ke?
Proton X50 Hasil Kejayaan Proton X70
Kemunculan Proton X50 ini adalah susulan kejayaan Proton X70 yang telah dilancarkan pada 12 Disember 2018 dengan membawa konsep kereta SUV crossover kompak. Dan ia merupakan SUV pertama yang dikeluarkan oleh Proton, ia dirancang dengan menyusun semula Geely Boyue , berikutan pemerolehan Proton oleh Geely Automobile Holdings pada tahun 2017. X70 dapat dibezakan dari Boyue oleh beberapa perbezaan elemen reka bentuk dan pemacu kanannya. Akhir kata, semoga Proton akan terus sukses dalam menghasilkan kereta-kereta nasional yang lebih berkualiti dan pada harga mampu milik.
Nota kaki : kalau nak tahu info pasal Proton X50 ni, admin ada kenal satu uncle proton yang senang korang nak deal. Boleh call atau whatsapp (Uncle Shah 016-221 0514)