Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Arafah 2024 Adalah Cuti Umum 2 Negeri Di Malaysia

Berikut dikongsikan mengenai Hari Arafah 2024 yang akan datang tidak lama lagi, serta kelebihan pada hari tersebut untuk semua umat Islam.

Isi Kandungan

Mengenai Hari Arafah

Hari Arafah ialah hari raya Islam yang jatuh pada hari kesembilan Zulhijjah dalam Kalendar Islam lunar dan ia adalah hari kedua menunaikan Haji dan diikuti dengan Hari Raya Aidiladha.

Pada waktu subuh hari tersebut, jemaah Haji Islam akan membuat perjalanan dari Mina ke lereng bukit dan dataran berhampiran yang dipanggil Gunung Arafah dan Dataran Arafah.

Sebahagian umat Islam berpendapat bahawa sebahagian daripada ayat Al-Quran yang mengumumkan bahawa agama Islam telah sempurna diturunkan pada hari tersebut.

Gunung Arafah ialah sebuah bukit granodiorit kira-kira 20 km tenggara Mekah di dataran Arafah.

Gunung Arafah mencapai ketinggian kira-kira 70 m (230 kaki) dan dikenali sebagai “Gunung Kerahiman” (Jabal ar-Rahmah).

Menurut tradisi Islam, bukit tersebut adalah tempat Nabi Muhammad SAW berdiri dan menyampaikan Khutbah Perpisahan kepada umat Islam yang telah menemaninya menunaikan Haji menjelang akhir hayatnya.

Pada 9 Zulhijjah sebelum tengah hari, jemaah Haji akan tiba di Arafah iaitu sebuah dataran tandus kira-kira 20 kilometer di timur Mekah di mana mereka berdiri dalam berjaga-jaga kontemplatif dan mereka berdoa, bertaubat untuk menebus dosa-dosa mereka yang lalu dan memohon belas kasihan Allah SWT Yang Maha Mendengar.

Berlangsung dari tengah hari sehingga matahari terbenam, ini dikenali sebagai ‘berdiri di hadapan Tuhan’ (Wuquf) ia adalah salah satu upacara Haji yang paling penting.

Di Masjid Al-Namirah, Jemaah Haji akan menunaikan solat Zuhur dan Asar bersama-sama pada waktu tengah hari dan petang.

Haji seorang jemaah dianggap tidak sah jika mereka tidak menghabiskan waktu petang di Arafah.

Hari Arafah 2024 Adalah Cuti Umum 2 Negeri Di Malaysia 1

Hari Arafah 2024

Hari Arafah 2024 dijangka jatuh pada hari Ahad iaitu 16 Jun 2024 bersamaan 9 Zulhijjah 1445H.

Hari Wuquf bagi tahun ini ditetapkan pada 15 Jun 2025 sehingga 16 Jun 2024. Waktu Wukuf di Padang Arafah bagi tahun ini adalah pada 16 Jun 2024 (Ahad) adalah seperti berikut:

Waktu Wukuf Di Mekah12.22 PM – 7.04 PM
Bersamaan Waktu Di Malaysia5.22 PM – 12.04 AM

Sesetengah pendapat mengatakan waktu yang afdhal dan mustajab doa untuk munajat adalah satu masa yang bersamaan dengan waktu wukuf.

Justeru, marilah kita sama-sama jangan lepaskan peluang ketika waktu tersebut dengan perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT.

Manakala, tarikh untuk berpuasa sunat Hari Arafah di Malaysia pula adalah pada 16 Jun 2024 (Ahad).

Cuti Umum Sempena Hari Arafah 2024

Hari Arafah 2024 adalah Hari Kelepasan Am atau cuti umum bagi dua (2) negeri di Malaysia, iaitu

Kelebihan Hari Arafah

Antara kelebihan-kelebihan Hari Arafah adalah seperti berikut:

Hari Arafah Adalah Rukun Haji

Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

الحَجُّ عَرَفَةُ

Maksudnya: “Haji adalah Arafah”.

Riwayat al-Tirmizi (814)

Hari Arafah Adalah Hari Di Mana Agama Ini Telah Sempurna

Daripada Umar bin Al-Khattab R.A. bahawa seorang lelaki telah bertanya kepadanya:

“Wahai Amir Al-Mukminin, satu ayat di dalam kitab kamu (al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia ke atas kami sekalian bangsa Yahudi maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan. Umar bertanya: Apakah ayat itu? Dia berkata: “Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”.

Umar berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke atas Nabi Muhammad SAW ketika baginda SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat”.

Riwayat Al-Bukhari (43) dan Muslim (5334)

Hari Arafah Adalah Hari Raya Buat Umat Islam

Daripada Uqbah bin Amir R.A., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum”.

Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan Al-Nasa’ie (2954)

Hari Arafah Adalah Hari Penyaksian

Daripada Abu Hurairah R.A., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Hari yang dijanjikan adalah hari Kiamat, hari Mayshud adalah hari Arafah serta Al-Syahid adalah hari Jumaat”. 

Riwayat Al-Tirmizi (3262)

Kebesaran Berdoa Pada Hari Arafah

Daripada Abdullah bin ‘Amri, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”.

Riwayat Al-Tirmizi (3509)

Puasa Pada Hari Arafah Menghapuskan Dosa Setahun Sebelum & Selepas

Daripada Abi Qatadah R.A., bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

“Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. 

Riwayat Muslim (1977)

Hari Keampunan & Pelepasan Dari Api Neraka 

Daripada Aisyah R.A., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah”.

Riwayat Muslim (2402)

Semoga perkongsian mengenai Hari Arafah 2024 ini bermanfaat untuk semua umat Islam diluar sana.

Selamat memperbanyakkan amalan dan merebutkan peluang pada Hari Arafah 2024 nanti supaya kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More