Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Asyura Dengan Pelbagai Kelebihan & Fadhilatnya

Berikut dikongsikan mengenai Hari Asyura yang akan datang tidak lama lagi, serta kelebihan pada hari tersebut untuk pengetahuan umum semua umat Islam.

Isi Kandungan

Apa Itu Asyura?

Asyura adalah hari peringatan dalam Islam dan ia berlaku setiap tahun pada hari ke-Sepuluh Muharram iaitu pada bulan pertama dalam kalendar Islam.

Bagi Muslim Sunni, Asyura menandakan pemisahan Laut Merah oleh Nabi Musa dan keselamatan Bani Israil.

Juga pada hari tersebut,

  • Nabi Nuh turun dari bahtera,
  • Tuhan mengampuni Nabi Adam,
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara, dan

pelbagai lagi peristiwa bertuah lain yang telah berlaku pada Asyura mengikut tradisi Sunni.

Asyura disambut dalam Islam Sunni melalui puasa supererogatory dan ungkapan kegembiraan lain yang boleh diterima.

Dalam sesetengah komuniti Sunni, perayaan Asyura tahunan termasuk karnival, unggun api, dan hidangan istimewa, walaupun sesetengah ulama Sunni telah mengkritik amalan sedemikian kerana pertindihan dengan Pertempuran Karbala.

Hari Asyura Dengan Pelbagai Kelebihan & Fadhilatnya 1
Perarakan Asyura di Tehran, Iran pada tahun 2016.

Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad SAW telah melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan.

Apabila Baginda berhijrah ke Madinah, Baginda turut mendapati bahawa kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh).

Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa.

Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Hari Asyura 2024

Hari Asyura 2024 jatuh pada hari Selasa iaitu 16 Julai 2024 bersamaan 10 Muharram 1446H.

Hari Asyura Dengan Pelbagai Kelebihan & Fadhilatnya 2

Tarikh Puasa Sunat Bulan Muharram

Berikut adalah tarikh-tarikh puasa sunat pada bulan Muharram 1446H/2024M yang banyak fadilat kepada yang membuatnya, iaitu:

TarikhHariJenis PuasaNiat Puasa
9 Muharram 1446H bersamaan 15 Julai 2024IsninPuasa Hari Tasu’aنَوَيْتُ صَوْم تَاسُعَاء سُنَّة لله تَعَالى
Maksudnya: Sahaja Aku Puasa Sunat Tasu’a Kerana Allah Ta’ala.
10 Muharram 1446H bersamaan 16 Julai 2024SelasaPuasa Hari Asyuraنَوَيْتُ صَوْم عَاشُورَاء سُنَّة لله تَعَالى
Maksudnya: Sahaja Aku Puasa Sunat Hari Asyura Esok Hari Kerana Allah Ta’ala.
13 Muharram 1446H bersamaan 19 Julai 2024JumaatPuasa Hari PutihSahaja Aku Puasa Sunat Hari Putih Kerana Allah Ta’ala.
14 Muharram 1446H bersamaan 20 Julai 2024SabtuPuasa Hari PutihSahaja Aku Puasa Sunat Hari Putih Kerana Allah Ta’ala.
15 Muharram 1446H bersamaan 21 Julai 2024AhadPuasa Hari PutihSahaja Aku Puasa Sunat Hari Putih Kerana Allah Ta’ala.

Kelebihan Hari Asyura

Antara kelebihan-kelebihan Hari Asyura adalah seperti berikut:

Galakan Berpuasa Pada Hari Asyura

Sunat berpuasa pada 10 Muharam kerana berdasarkan hadis bahawa berpuasa pada 10 Muharam memiliki fadilat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu.

Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharam mengiringi 10 Muharam kerana ini perintah Rasulullah SAW agar menyelisihi amalan kaum Yahudi pada zaman Baginda.

Ulama juga menyatakan, jika tidak mampu / dapat berpuasa pada 9 Muharam maka berpuasalah pada 10 dan 11 Muharam.

Apakah hukum berpuasa pada 10 Muharam sahaja?

Menurut Imam Ibnu Hajar di dalam karya beliau “Tuhfah al-Muhtaj”:

قول المتن (وعاشوراء) ولا بأس بإفراده

Maksudnya: Teks (Al-Minhaj) menyebut: “…dan (disunatkan berpuasa) Asyura” dan tidak mengapa hanya berpuasa pada hari itu sahaja.

Namun yang amat digalakkan iaitu lebih afdal berpuasa sehari sebelum Asyura kerana itu keazaman Baginda Nabi Muhammad SAW.

Jika tidak dapat berpuasa pada 9 Muharam maka digantikan pada 11 Muharam.

Muliakan Keluarga Pada Hari Asyura

Selain berpuasa sunat pada hari Asyura, amalan yang digalakkan ialah meluaskan belanja kaum keluarga pada hari tersebut.

Jika anda tidak mampu / tidak dapat berpuasa pada hari berkenaan, anda boleh muliakan keluarga dengan belanja keluarga pada hari Asyura tersebut kerana berdasarkan sebuah hadis:

“Barangsiapa yang meluaskan (belanja) kepada kaum keluarganya pada hari Asyura, maka Allah SWT akan melapangkannya pada tahun tersebut keseluruhannya.” 

Hadis Sahih

Hari Yang Sangat Dicari Fadhilatnya

Kata Ibn Abbas R.A. apabila ditanyakan mengenai hari Asyura, beliau berkata:

مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ 

Maksudnya: Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari-hari yang lain melainkan hari ini, iaitu hari Asyura.

Riwayat Al-Bukhari (2006)

Diampunkan Dosa Setahun Yang Lalu

Dari Abu Qatadah: Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang puasa hari Asyura, maka kata Baginda SAW:

 أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ 

Maksudnya: Aku berharap ke atas Allah SWT agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu.

Riwayat Muslim (1162)

Kata Abdul Wahhab bin Al-Khaffaf di dalam Kitab Al-Siyam: Telah berkata Qatadah: Dikatakan bahawa puasa hari Asyura adalah kaffarah (pengampun dosa) bagi lelaki yang mengabaikan zakat hartanya.

Kisah Nabi Nuh A.S. & Bubur Asyura

10 Muharram juga tidak terlepas dalam memperkatakan tentang bubur Asyura yang mana kisahnya itu diambil daripada peristiwa Nabi Nuh A.S. selepas diselamatkan dari banjir besar.

Bila mana kapal Nabi Nuh A.S. berlabuh di Bukit Juudiy pada hari Asyura, berkata Nabi Nuh A.S. kepada umatnya:

“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S: “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.

Hari ini, ramai masyarakat Islam akan membuat bubur Asyura pada awal Muharram sempena Hari Asyura dan juga untuk menyatukan masyarakat.

Hari Asyura Dengan Pelbagai Kelebihan & Fadhilatnya 3

Semoga perkongsian mengenai Hari Asyura ini bermanfaat untuk semua umat Islam diluar sana.

Selamat memperbanyakkan amalan dan merebutkan peluang pada Hari Asyura nanti supaya kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More