Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan

Berikut dikongsikan info terkini mengenai Hari Belia Negara 2024 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Maksud Belia

Belia atau anak muda ialah tempoh kehidupan apabila seseorang dalam usia muda, iaitu berada antara fasa kanak-kanak dan dewasa.

Ia diterjemahkan dengan jangka umur khusus, namun belia tidak dijelaskan sebagai tahap usia yang mengikut kronologi usia tertentu, malah tidak juga berakhir dengan aktiviti tertentu seperti melakukan kerja tidak berbayar atau mengadakan hubungan seksual.

Belia ialah sebuah pengalaman yang boleh membentuk tahap kemandirian seseorang, yang boleh diukur dengan pelbagai cara mengikut perspektif budaya yang berbeza.

Pengalaman peribadi diukur oleh tradisi atau norma budaya individu, manakala tahap kemandirian belia bermaksud mereka boleh berhenti daripada bergantung kepada keluarga mereka secara emosi dan ekonomi.

Usia di mana seseorang itu dianggap “belia” berbeza-beza di seluruh dunia. 

Perhimpunan Agung PBB meletakkan belia adalah golongan yang berumur antara 19 hingga 29 tahun. Bank Dunia meletakkan belia adalah waktu di antara alam kanak-kanak dan dewasa.

Istilah “belia” secara umumnya merujuk kepada mereka yang berumur di antara 15 hingga 25 tahun. Program Belia Komanwel pula bergerak bersama “orang muda berumur 19 hingga 29 tahun.

Di Malaysia, belia ditafsirkan sebagai seseorang yang berumur 16 hingga 32 tahun.

Hari Belia Negara 2024

Hari Belia Negara 2024 jatuh pada tarikh 15 Mei 2024, iaitu pada Hari Rabu. Tema yang diangkat sebagai tema Hari Belia Negara 2024 adalah:

“Yakin Boleh”

Antara aktiviti-aktiviti pengisian termasuklah:

  • Malam Solidariti Palestin,
  • Larian Yakin Boleh Belia Malaysia 2024,
  • Himpunan Komuniti Belia,
  • Perkhemahan Belia,
  • Pavilion Seni Budaya Negeri-Negeri,
  • Karnival Kerjaya,
  • Jualan, dan
  • Pameran Agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Swasta.
Sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan 1

Majlis Perasmian Hari Belia Negara 2024

Perasmian Hari Belia Negara (HBN) tahun ini telah dilakukan oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Membuka tirai sambutan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) juga telah mengadakan Program Semarak HBN@KBS 2024 pada 15 Mei 2024 di Podium A, Menara KBS, Putrajaya dengan pengisian Bacaan Ikrar Belia Negara, Konvensyen Belia Integriti Nasional dan aktiviti GHRM.

HBN adalah pengiktirafan dan penghargaan khusus diberikan Kerajaan buat golongan belia yang turut memainkan peranan secara signifikan dalam arus perdana pembangunan negara.

Kemuncak sambutan HBN adalah perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada malam 25 Mei 2024 bersama-sama penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) peringkat Kebangsaan.

Sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan 2
Hari Belia Negara 2024
Sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan 3
Sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan 4

Sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan

Bersempena Hari Belia Negara (HBN) yang disambut setiap tahun pada 15 Mei, KBS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 bertempat di Dataran Pahlawan, Banda Hilir bermula 24 Mei 2024 hingga 26 Mei 2024.

Perasmian dijangka akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh.

Majlis yang bakal berlangsung pada 25 Mei 2024 ini turut diisi dengan Majlis Penyampaian APBN Peringkat Kebangsaan.

Mengangkat tema “Yakin Boleh”, penganjuran program dan aktiviti berfokuskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda dengan 60 buah pengisian.

Lebih menarik, sambutan juga turut diserikan dengan penganjuran Kembara RIUH @ HBN 2024 yang diadakan dengan kerjasama Kementerian Komunikasi menerusi penyelarasan oleh MyCreative Ventures Sdn. Bhd.

Sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan 5
Hari Belia Negara 2024

Sumber: Kementerian Belia Dan Sukan

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut tentang Hari Belia Negara 2024 ini, sila rujuk laman web rasmi Kementerian Belia Dan Sukan dari semasa ke semasa.

Diharapkan info tentang Hari Belia Negara 2024 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana dan jangan lupa tandakan siap-siap dalam kalendar telefon korang janji temu kita, 25 Mei 2024 ini tau!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More