Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Guru 2024: Sambutan, Tema & Sejarah 16 Mei Setiap Tahun

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Hari Guru 2024 yang akan disambut pada 16 Mei setiap tahun.

Isi Kandungan

Sambutan Hari Guru

Sambutan Hari Guru merupakan satu hari istimewa yang diisytiharkan untuk mengenang hari para guru.

Walau bagaimanapun, tarikh sambutan ini berbeza mengikut negara masing-masing dan ada juga negara yang memberikan cuti sempena sambutan Hari Guru ini.

Sebagai contoh, negara Albania menyambut Hari Guru pada 7 Mac, Brazil pada 15 Oktober dan di Mexico pula ia disambut pada 1 Mei.

Manakala, Hari Guru di Malaysia pula akan diisambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun.

Mengapakah Tarikh 16 Mei Dipilih Sebagai Sambutan Hari Guru Di Malaysia?

Tarikh 16 Mei dipilih kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Cara sambutannya pula berbeza mengikut sekolah masing-masing dan selalunya pada hari yang istimewa inilah anda boleh melihat guru-guru menjadi sangat sporting seperti membuat persembahan nyanyian, mendeklamasikan sajak dan syair, dan pelbagai lagi aktiviti lain.

Walaupun para guru tidak pernah meminta sebarang hadiah, sudah menjadi kelaziman kebiasaannya pada hari istimewa inilah para pelajar akan memberikan pelbagai hadiah kepada para guru yang pernah mengajar mereka.

Seterusnya, objektif sambutan Hari Guru adalah untuk:

  • Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan Kebangsaan (termasuk Perpaduan dan Integrasi), pembangunan Negara dan perkhidmatan kepada Masyarakat.
  • Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.
Hari Guru 2024: Sambutan, Tema & Sejarah 16 Mei Setiap Tahun 1
Hari Guru 2024

Tema Hari Guru 2024

Tema Hari Guru bagi tahun 2024 secara rasminya telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 9 Mac yang lalu.

Tema ini dipilih setelah pihak KPM membuka peluang kepada orang ramai untuk memberikan cadangan tema pada tahun ini.

Tema Hari Guru 2024 adalah:

 “GURU JAUHARI DIGITAL, ASPIRASI NEGARA MADANI”

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-53 Tahun 2024

Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 akan diadakan pada 14 – 16 Mei 2024 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan (SASICC).

Hari Guru 2024: Sambutan, Tema & Sejarah 16 Mei Setiap Tahun 2
Hari Guru 2024

Cadangan Ucapan Hari Guru

Menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan kepada guru bukan sahaja isyarat yang baik tetapi juga cara yang ampuh untuk mengiktiraf usaha dan bimbingan tanpa jemu yang mereka berikan.

Ia memupuk persekitaran pembelajaran yang positif, mengukuhkan ikatan guru-pelajar, dan menggalakkan pendidik untuk terus membuat perubahan dalam kehidupan pelajar mereka.

Mengingati untuk berterima kasih kepada guru-guru kita bukan sahaja pada Hari Guru tetapi sepanjang tahun adalah cara yang kecil namun penting untuk menghormati profesion mulia mereka.

Berikut kami kongsikan sedikit cadangan ucapan terbaik sempena Hari Guru, iaitu

Guru yang dihormati, dedikasi anda untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada kami sungguh mengagumkan. Selamat Hari Guru!
Selamat Hari Guru kepada pendidik-pendidik kami yang hebat! Semangat anda untuk mengajar kami adalah menular, dan kami bertuah kerana anda sentiasa membentuk minda kami.
Pelajaran anda menjangkau jauh melebihi buku teks. Anda mengajar kami tentang kehidupan, ketabahan, dan menuntut ilmu. Terima kasih kerana menjadi guru yang luar biasa!
Kesan anda terhadap kehidupan kami tidak dapat diukur! Semoga hari ini menjadi peringatan tentang betapa bermaknanya anda kepada setiap daripada kami.
Selamat Hari Guru kepada orang yang menjadikan pembelajaran sebagai pengembaraan. Kreativiti dan semangat anda memberi inspirasi kepada kami setiap hari.

Walaupun Hari Guru disambut sekali setahun sahaja, sebagai pelajar kita hendaklah sentiasa mengenang jasa dan mendoakan kebaikan buat guru-guru yang telah mendidik kita.

Semoga perkongsian tentang Hari Guru 2024 ini sedikit sebanyak dapat menghargai jasa guru-guru di Malaysia.

Selain itu, cadangan idea pantun buat guru dan ucapan lengkap sempena Hari Guru 2024 ada DISINI.

Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar Guru! Terima Kasih Cikgu!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More