Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Keputeraan YDP Agong 2025: Hari Kelepasan Am Wajib Di Malaysia

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Hari Keputeraan YDP Agong 2025 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Isi Kandungan [show]

Apa Itu YDP Agong?

Yang di-Pertuan (YDP) Agong juga dikenali sebagai Ketua Tertinggi Persekutuan, Raja Tertinggi atau ringkasnya Agong dan juga secara tidak rasmi sebagai Raja Malaysia, ialah Raja Berperlembagaan dan Ketua Negara Malaysia.

Pejabat ini ditubuhkan pada tahun 1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) memperoleh kemerdekaan daripada United Kingdom.

YDP Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja, yang terdiri daripada sembilan (9) orang Raja Negeri-Negeri Melayu, dengan jawatan de facto digilirkan di antara mereka, menjadikan Malaysia salah satu daripada beberapa Raja pilihan di dunia.

Hari Keputeraan YDP Agong adalah berubah mengikut tarikh kelahiran YDP Agong pemerintahan semasa.

Bermula 31 Januari 2024, YDP Agong yang terbaharu sehingga kini ialah Sultan Johor, iaitu Sultan Ibrahim Iskandar.

Baginda telah dipilih pada 26 Oktober 2023 pada mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dan baginda mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada 31 Januari 2024.

Hari Keputeraan YDP Agong 2025: Hari Kelepasan Am Wajib Di Malaysia 1
Sultan Ibrahim (YDP Agong) & Raja Zarith Sofiah (Raja Permaisuri Agong)

Hari Keputeraan YDP Agong 2025

Hari Keputeraan YDP Agong bagi tahun 2025 adalah jatuh pada hari Isnin, bersamaan 2 Jun 2025.

Hari Keputeraan YDP Agong 2025 merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan atau cuti umum bagi semua negeri di Malaysia, iaitu

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  • Johor.
  • Kedah.
  • Kelantan.
  • Melaka.
  • Negeri Sembilan.
  • Pahang.
  • Perak.
  • Perlis.
  • Pulau Pinang.
  • Sabah.
  • Sarawak.
  • Selangor.
  • Terengganu.
Hari Keputeraan YDP Agong 2025: Hari Kelepasan Am Wajib Di Malaysia 2
Sumber Rasmi: Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri

Hari Keputeraan YDP Agong Adalah Cuti Wajib Di Seluruh Negeri Di Malaysia

Tahukah anda, cuti Hari Keputeraan ini termasuk dalam 5 Hari Kelepasan Am yang wajib diberikan oleh majikan kepada pekerja mengikut Seksyen 60D(1)(a) & (b) Akta Kerja 1955.

Minimum 11 Hari Kelepasan Am setahun untuk seorang pekerja yang ditakrifkan sebagai seorang pekerja di bawah Seksyen 2, iaitu lima (5) Hari Wajib dan enam (6) Hari Pilihan Majikan.

5 Hari Wajib adalah:

  1. Hari Keputeraan DYMM YDP Agong
  2. Hari Keputeraan DYMM Sultan / Wilayah Persekutuan
  3. Hari Pekerja
  4. Hari Kebangsaan
  5. Hari Malaysia

Semoga perkongsian tentang Hari Keputeraan YDP Agong 2025 di atas bermanfaat untuk anda semua rakyat Malaysia di luar sana.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More