Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Pekerja 2025: Cuti Hari Buruh Negeri-Negeri Di Malaysia

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Hari Pekerja 2025 yang akan datang tidak lama lagi.

Isi Kandungan [show]

Latar Belakang Hari Buruh

Hari Buruh, atau lebih dikenali sebagai Hari Pekerja, adalah sambutan tahunan yang bertujuan untuk menghormati sumbangan pekerja kepada pembangunan ekonomi dan sosial sesebuah negara.

Di Malaysia, Hari Buruh akan disambut pada 1 Mei setiap tahun. 

Tanggal 1 Mei setiap tahun merupakan tarikh yang amat sinonim dan bermakna bagi kesemua pekerja di Malaysia kerana ianya merupakan cuti khas bagi golongan pekerja.

Tidak kiralah kita sebagai pekerja di sektor awam, sektor swasta mahupun bekerja sendiri, ianya tetap menjadi faktor penyumbang kepada kemajuan negara.

Bagi pekerja moden, Hari Buruh menjadi peluang untuk berehat, menghargai pencapaian peribadi dan merancang masa bersama keluarga.

Hari Buruh pertama kali disambut adalah pada abad ke-19 sebagai penghormatan kepada perjuangan pekerja untuk mendapatkan hak-hak asas seperti waktu kerja yang adil, keselamatan di tempat kerja dan upah minimum.

Di Malaysia, Hari Buruh mula diraikan secara rasmi pada 1 Mei 1972.

Sambutan ini menjadi tanda penghargaan kepada pekerja yang merupakan tulang belakang ekonomi negara.

Hari Pekerja 2025

Hari Pekerja 2025 adalah jatuh pada hari Khamis, iaitu bersamaan 1 Mei 2025 dan ia merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan atau cuti umum bagi semua negeri di Malaysia, iaitu

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  2. Wilayah Persekutuan Labuan.
  3. Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  4. Johor.
  5. Kedah.
  6. Kelantan.
  7. Melaka.
  8. Negeri Sembilan.
  9. Pahang.
  10. Perak.
  11. Perlis.
  12. Pulau Pinang.
  13. Sabah.
  14. Sarawak.
  15. Selangor.
  16. Terengganu.

Hari Pekerja Adalah Cuti Wajib Di Seluruh Negeri Di Malaysia

Tahukah anda, cuti Hari Buruh / Hari Pekerja ini termasuk dalam 5 Hari Kelepasan Am yang wajib diberikan oleh majikan kepada pekerja mengikut Seksyen 60D(1)(a) & (b) Akta Kerja 1955.

Minimum 11 Hari Kelepasan Am setahun untuk seorang pekerja yang ditakrifkan sebagai seorang pekerja di bawah Seksyen 2, iaitu lima (5) Hari Wajib dan enam (6) Hari Pilihan Majikan.

Hari Wajib1. Hari Keputeraan DYMM YDP Agong.
2. Hari Keputeraan DYMM Sultan / Wilayah Persekutuan.
3. Hari Pekerja.
4. Hari Kebangsaan.
5. Hari Malaysia.
Hari Pilihan MajikanMana-mana enam (6) hari pilihan majikan, hari yang diwartakan sebagai Hari Kelepasan Am di bawah Seksyen 8 Akta Cuti / Kelepasan Am 1951.

Bolehkah Majikan Meminta Pekerja Berkerja Pada Hari Pekerja Ini?

Walaupun majikan telah menetapkan hari-hari cuti yang pekerja layak mendapat cuti berbayar, namun ini tidak bermakna majikan tidak boleh meminta pekerja bekerja pada cuti umum (hari kelepasan am) tersebut.

Namun, jika pekerja bekerja pada hari cuti umum (hari kelepasan am), maka pekerja layak mendapat upah yang lebih tinggi mengikut kadar minima yang ditetapkan oleh Akta Kerja 1955.

Jika pekerja diperlukan dan diarahkan oleh majikan untuk bekerja, bayaran tambahan perlu dibayar.

Di samping itu, jika pekerja ponteng sebelum atau selepas cuti umum (hari kelepasan am), pekerja boleh hilang kelayakan untuk mendapatkan cuti umum.

Semoga perkongsian tentang Hari Pekerja 2025 di atas bermanfaat untuk anda semua rakyat Malaysia di luar sana.

Selamat Hari Pekerja 2025, Selamat Bercuti!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More