Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri

Hari Sukan Negara 2024 akan kembali tidak lama lagi dengan pelbagai aktiviti menarik dan ia terbuka untuk semua rakyat Malaysia.

Tahukah anda apakah itu Hari Sukan Negara dan mengapa ia perlu disambut di Malaysia?

Jom ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui beberapa fakta tentang sambutan istimewa ini.

Isi Kandungan

Apa Itu Hari Sukan Negara?

Hari Sukan Negara (HSN) merupakan sebuah gerakan nasional yang disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober sejak tahun 2015 dengan hasrat membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.

Objektif HSN adalah untuk

  • Memberikan kesedaran akan kepentingan gaya hidup aktif dan cergas menerusi aktiviti sukan dan rekreasi.
  • Meningkatkan penglibatan rakyat dalam aktiviti sukan dan rekreasi seterusnya mempergiatkan pembudayaan sukan dalam kalangan masyarakat.
  • Memperkukuhkan semangat ukhuwah dan integrasi nasional menerusi aktiviti sukan dan rekreasi.
  • Menyuntik sinergi pembangunan ekonomi menerusi pemerkasaan sektor industri sukan dan rekreasi.

HSN dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan.

Sambutan Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan, Negeri & Daerah

Bagi peringkat Kebangsaan, Majlis Perasmian Sambutan Hari Sukan Negara 2024 akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri seperti berikut:

  • Tarikh: 12 Oktober 2024 (Sabtu)
  • Masa: Mulai 7.00 Pagi
  • Lokasi / Tempat: Dataran Putrajaya

Majlis Perasmian HSN Peringkat Negeri dan Bahagian di Sarawak akan diadakan pada 19 Oktober 2024 (Sabtu) bagi menghormati Sambutan Ulang Tahun Kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Selain itu, sambutan HSN di peringkat Negeri dan Daerah seluruh negara akan turut dirasmikan secara serentak.

Pelbagai program dan aktiviti menanti anda di seluruh negara bermula 11 hingga 13 Oktober 2024.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru semua pihak untuk bersama-sama memeriahkan penganjuran HSN termasuklah menerusi pelaksanaan program dan aktiviti sukan dan rekreasi di peringkat masing-masing.

Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 1

Senarai Lokasi Sambutan Hari Sukan Negara 2024

Berikut adalah senarai lokasi sambutan Hari Sukan Negara 2024 untuk setiap Negeri:

PeringkatTempatTarikhMasa
KebangsaanDataran Putrajaya, Presint 312 Oktober 20247.00 Pagi
Negeri SelangorDataran Kemerdekaan, Shah Alam12 Oktober 20247.00 Pagi
Negeri PerlisKompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar12 Oktober 20248.00 Pagi
Negeri KedahTapak Konvo UUM Kampus Sintok12 Oktober 20247.00 Pagi
Negeri Pulau PinangPadang Dato’ Haji Ahmad Badawi, Butterworth12 Oktober 20247.00 Pagi
Negeri PerakKompleks Belia & Sukan Negeri Perak, Ipoh12 Oktober 20247.30 Pagi
Negeri SembilanD’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan12 Oktober 20247.30 Pagi
Negeri MelakaMemorial Pengisytiharan Kemederkaan, Bandar Hilir12 Oktober 20248.00 Malam
Negeri JohorTunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar12 Oktober 20245.30 Petang
Negeri KelantanAeon Mall Kota Bharu12 Oktober 20248.00 Pagi
Negeri TerengganuKompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus12 Oktober 20247.30 Pagi
Negeri PahangTaman Tasik Raub12 Oktober 20247.00 Pagi
Negeri SabahKompleks Sukan Keningau12 Oktober 20247.00 Pagi
Negeri LabuanKompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan12 Oktober 20246.00 Pagi
Negeri SarawakKompleks Sukan Sarikei19 Oktober 20247.30 Pagi
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 2

Senarai Program Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri

Poster-poster rasmi semua aktiviti bagi peringkat Kebangsaan dan Negeri sepanjang Hari Sukan Negara 2024 ini adalah seperti ketetapan berikut:

Peringkat Kebangsaan

Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 3
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 4

Peringkat Negeri Selangor

Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 5
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 6

Peringkat Negeri Perlis

Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 7
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 8
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 9
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 10
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 11

Peringkat Negeri Kedah

Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 12

Peringkat Negeri Pulau Pinang

Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 13
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 14

Peringkat Negeri Melaka

Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 15

Peringkat Negeri Sembilan

Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 16

Peringkat Negeri Perak

Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 17
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 18
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 19

Peringkat Negeri Pahang

Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 20
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 21

Peringkat Negeri Terengganu

Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 22
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 23
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 24

Peringkat Negeri Sabah

Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 25

Peringkat Negeri Sarawak

Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 26
Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Kebangsaan & Negeri 27

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut tentang aktiviti dan program peringkat Negeri atau peringkat Kebangsaan Hari Sukan Negara 2024 ini, sila rujuk saluran berikut:

Diharapkan info tentang Hari Sukan Negara 2024 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana dan jangan lupa tandakan siap-siap dalam kalendar telefon korang janji temu kita, 12 Oktober 2024 ini tau!

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More