Hari Wesak 2025: Cuti Umum Negeri-Negeri Di Malaysia

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Hari Wesak 2025 yang akan datang tidak lama lagi.
Isi Kandungan [show]
Apa Itu Hari Wesak?
Wesak juga dikenali sebagai Buddha Jayanti, Buddha Purnima dan Hari Buddha, adalah hari raya yang secara tradisinya diamati oleh penganut Buddha di Asia Selatan dan Asia Tenggara, serta Tibet dan Mongolia.
Hari Wesak adalah perayaan Buddha yang paling penting kerana perayaan ini memperingati kelahiran, pencerahan (Nibbāna), dan pemergian (Parinirvāna) Buddha Gautama di Theravada, Buddhisme Tibet dan Navayana.
Hari Wesak adalah hari yang disambut oleh penganut Buddha di seluruh dunia. Istilah Wesak berasal daripada nama satu bulan dalam kalendar India.

Hari Wesak 2025
Hari Wesak bagi tahun 2025 adalah jatuh pada hari Isnin, bersamaan 12 Mei 2025.
Hari Wesak merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi semua negeri di Malaysia, iaitu
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Wilayah Persekutuan Labuan.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya.
- Johor.
- Kedah.
- Kelantan.
- Melaka.
- Negeri Sembilan.
- Pahang.
- Perak.
- Perlis.
- Pulau Pinang.
- Sabah.
- Sarawak.
- Selangor.
- Terengganu.
Di Malaysia, Hari Wesak telah diumumkan sebagai cuti umum berkuat kuasa tahun 1962 selepas rayuan oleh penganut Buddha kepada kerajaan pada tahun 1961.

Sambutan Hari Wesak Di Malaysia
Pada Hari Wesak, lazimnya para penganut Buddha akan memenuhi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha.
Pada hari tersebut juga, penganut Buddha akan berkumpul dan berarak sambil membawa simbol ikon Buddha seperti patung Buddha dan teratai merah jambu yang melambangkan kesucian seseorang seperti Buddha dan dewa-dewi.
Selain itu, para sami akan membaca kitab Sutra.
Selepas itu, penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati.
Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami.
Walau apa pun cara sambutan mereka, Hari Wesak di Malaysia khususnya merupakan masa untuk semua penganut Buddha menyerlahkan serta meraikan nilai-nilai asas seperti toleransi, kasih sayang dan khidmat mereka kepada manusia seperti yang terkandung dalam kehidupan dan ajaran Buddha.
Semoga perkongsian tentang Hari Wesak 2025 ini bermanfaat untuk anda semua rakyat Malaysia di luar sana.
Selamat Menyambut Hari Wesak 2025 dan Selamat Bercuti!