Hebahan Panggilan Temuduga SPP 2023 Bagi Graduan Bukan Pendidikan (Semenanjung)
Hebahan Panggilan Temuduga SPP 2023 bagi Graduan Bukan Pendidikan Ke Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Lantikan Secara Contract Of Service (CoS) Tahun 2023 kini telah dikeluarkan.
Untuk makluman, Hebahan Panggilan Temuduga SPP 2023 kali ini adalah hebahan bagi zon Semenanjung sahaja.
Isi Kandungan
Hebahan Panggilan Temuduga SPP 2023
Merujuk kepada iklan permohonan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 pada 7 April 2023, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan melaksanakan urusan temu duga bagi pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 lantikan secara Contract of Service (CoS) Tahun 2023 bagi zon Semenanjung bermula pada 18 September 2023 sehingga 26 Oktober 2023.
Hebahan Panggilan Temuduga SPP 2023 bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 kini telah dikeluarkan dan perincian maklumat urusan temu duga tersebut adalah seperti jadual di bawah.
Urusan Temu Duga PPP Gred DG41 Lantikan Secara CoS Tahun 2023 (Semenanjung) |
||
Siri |
Tarikh Temu Duga |
Pusat Temu Duga |
1 |
18 – 21 September 2023 |
Putrajaya |
2 |
2 – 5 Oktober 2023 |
Putrajaya Dan Utara |
3 |
9 – 12 Oktober 2023 |
Putrajaya |
4 |
17 – 19 Oktober 2023 |
Timur |
5 |
24 – 26 Oktober 2023 |
Putrajaya |
Nota: Tertakluk kepada pindaan. Sebarang pindaan akan dimaklumkan kemudian.
Cara Semakan Panggilan Temuduga SPP
- Sehubungan itu, calon-calon graduan bukan pendidikan yang telah memilih pusat temu duga di Semenanjung boleh membuat semakan panggilan temu duga pada pautan berikut
>>>Semakan Panggilan Temuduga SPP<<<
- Bagi calon yang menerima keputusan ‘Maaf! Maklumat anda tiada dalam urusan ini.’, calon tidak disenaraikan untuk panggilan temu duga.
- Bagi calon-calon graduan bukan pendidikan yang memilih pusat temu duga di Sabah dan Sarawak, Hebahan Panggilan Temuduga SPP 2023 bagi zon Sabah dan Sarawak akan dimaklumkan menerusi hebahan lain.
Peringatan
Hebahan Panggilan Temuduga SPP 2023 dan Keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) ini adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
Sekiranya didapati calon mengemukakan maklumat palsu dan tidak memenuhi syarat seperti dalam iklan, SPP berhak untuk tidak menemu duga calon.
Mohon perhatian, Hebahan Panggilan Temuduga SPP 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, anda diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh pada hebahan ini adalah bukan tanggungjawab kami.
Tips Temuduga SPP (Jika Dijalankan Secara Online)
Disini admin ingin kongsikan sedikit tips secara umum berkaitan temuduga SPP bagi jawatan PPP Gred DG41 jika ia dijalankan secara atas talian atau norma baharu.
Ada 2 persediaan yang perlu dipersiapkan oleh calon-calon guru iaitu persediaan FIZIKAL dan persediaan MENTAL.
- Persediaan FIZIKAL
- Pastikan segala peralatan mencukupi (anda boleh menggunakan telefon atau laptop). Data internet atau wifi adalah elemen yang paling penting untuk temuduga secara online. Pastikan internet anda sentiasa stabil.
- Bagi yang menggunakan telefon, pastikan kedudukan telefon stabil ketika temuduga berlangsung (anda boleh sediakan tripod).
- Pastikan kamera pada telefon atau laptop anda berfungsi dengan baik. Penggunaan kamera tambahan dan mikrofon / handsfree sangat digalakkan bagi memastikan suara anda dapat didengari dengan jelas oleh panel.
- Pastikan pencahayaan berada dalam keadaan baik (anda boleh menggunakan light ring).
- Pastikan berpakaian lengkap dan profesional sebagaimana pakaian seorang guru (walaupun temuduga hanya di dalam bilik atau rumah sendiri, anda tetap perlu berpakaian profesional).
- Ukuran NAMETAG mestilah sesuai mengikut ukuran yang ditetapkan.
- Bagi calon lelaki, digalakkan memakai kemeja formal, blazer, tali leher dan seluar slack kerana ada sebahagian panel yang akan menyuruh calon berdiri untuk melihat pakaian calon dari atas sampai bawah.
- Bagi calon perempuan, pastikan berpakaian sopan, digalakkan berbaju kurung dan bernametag. Pemakaian blazer adalah tidak wajib tetapi dibolehkan.
***Pemakaian adalah salah satu elemen PENTING dalam Temuduga SPP ini kerana ada markah.
- Persediaan MENTAL
- Pada kebiasaannya, terdapat 3 panel penilai yang dilantik (wakil SPP, wakil jabatan / KPM, dan wakil GC bagi option yang ditemuduga) dan terdapat 5-6 calon dalam satu sesi temuduga. Sesi temuduga berlangsung lebih kurang 1-2 jam.
- Urusetia akan memberi sedikit taklimat dan memperkenalkan panel-panel yang terlibat serta gelaran atau panggilan untuk mereka.
- Pengenalan diri calon – nama, asal, graduan daripada IPT mana, ijazah yang diambil, penglibatan ko-kurikulum dekat universiti, sumbangan dan latar belakang keluarga.
- Pastikan tahu tentang dasar-dasar pendidikan, ilmu pendidikan abad 21 dan program-program pendidikan yang dijalankan di Malaysia (Falsafah Pendidikan, PAK21, KBAT, KSSM, PPPM 2013-2025, Program TS25 dan sebagainya).
- Kaitkan kaedah dan teknik pembelajaran yang sesuai digunakan dalam pembelajaran norma baharu (PdPR dalam fasa pandemik).
- Belajar sedikit tentang isu-isu semasa yg berlaku di Malaysia (kaitkan dalam bidang pendidikan seperti pandemik, program vaksinasi dan sebagainya).
- Pastikan setiap calon dapat menguasai ilmu berkaitan option yang calon duduki semasa temuduga (kaitkan dengan situasi sekarang dan pelajar). Fokus dengan option pilihan calon, lupakan seketika kos calon di universiti.
- Pastikan setiap jawapan yang diberikan RINGKAS & PADAT. Setiap calon akan dapat peluang untuk menjawab. Elakkan bagi jawapan yang panjang berjela.
- Untuk menjawab soalan, ikut turn masing-masing dan jangan sesekali memotong percakapan calon lain mahupun panel.
- Yakin dengan jawapan yang diberikan, sentiasa senyum, ucapkan terima kasih setiap kali selepas menjawab soalan dan jangan lupa “eye contact”. Selebihnya berdoa, buang perasaan nervous jauh-jauh, dan hadap skrin telefon atau laptop dengan tenang.
Kredit Sumber: Mohd Sabri
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Hebahan Panggilan Temuduga SPP 2023 ini, calon boleh kemukakan melalui Laman Aduan SISPAA atau menghubungi Urusan Pengambilan pada talian 03 – 8893 4019 atau 03 – 8893 4020.
Semoga info tentang Hebahan Panggilan Temuduga SPP 2023 ini bermanfaat untuk anda semua dan semoga berjaya kepada semua calon!
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.