Sumber Rujukan Globalisasi Anda

HILANG PENCEN JIKA INGKAR PKP

HILANG PENCEN! Kerajaan telah mengumumkan PKP fasa 3 bermula hari ini 15 april sehingga 28 april 2020. PKP fasa 3 ini lebih ketat berbanding fasa 1 dan fasa 2, ini kerana kerajaan ingin memutuskan terus rantaian covid-19 yang sedang menular di seluruh negara. Sesiapa yang ditangkap ingkar arahan PKP ini akan terus di reman tanpa tolak ansur lagi.

PESARA kerajaan yang disabit kesalahan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga membawa hukuman penjara walaupun sehari bakal berdepan kehilangan manfaat wang pencen diterima setiap bulan.

HILANG PENCEN

Peguam, Adnan Seman berkata, mengikut aspek perundangan, seseorang pesara itu masih layak menerima wang pencen selagi mana dia cuma didakwa di mahkamah atau didenda.

Bagaimanapun katanya, dibawah Seksyen 21 (1) Akta Pencen 1980, seseorang pesara itu akan hilang kelayakan pencen serta-merta sebaik hukuman mati atau penjara dijatuhkan terhadapnya.

“Mana-mana individu menerima pencen atau faedah lain di bawah akta ini dan dikenakan hukuman mati atau penjara dalam suatu tempoh oleh mahkamah, pencen atau faedah lain itu hendaklah terhenti serta-merta.

“Namun, pencen ini boleh diperoleh semula dibawah Seksyen 21 (2) Akta Pencen 1980 sekiranya dia mendapat pengampunan Yang DiPertuan Agong.

HILANG PENCEN JIKA INGKAR PKP 1
HILANG PENCEN

“Dalam hal ini, pengampunan Yang DiPertuan Agong membolehkan elaun tanggungan diberi namun jumlahnya bergantung kepada apa yang difikirkan patut untuk isteri atau anak pesara dari segi nafkah dan faedah mereka, selain untuk pesara sejurus tamat menjalani hukuman (penjara),” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, pesara kerajaan seharusnya menjadi contoh teladan kepada masyarakat untuk sentiasa mematuhi PKP biarpun mereka tidak lagi berkhidmat dalam sektor awam.

“Pesara kerajaan pernah berkhidmat sebagai penjawat awam yang mana secara jelas mereka dididik dengan nilai untuk menyokong sepenuhnya peraturan kerajaan.

HILANG PENCEN JIKA INGKAR PKP 2
HILANG PENCEN

“Dalam keadaan sekarang, mereka bukan saja perlu patuh malah sama-sama menjadi contoh serta menasihati individu sekeliling untuk mengikut sepenuhnya PKP,” katanya ketika dihubungi.

Melalui Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, mana-mana individu yang melanggar peruntukan ini boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Pesalah PKP juga boleh didakwa dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang membolehkan penalti tidak dikenakan apabila disabit kesalahan sebaliknya dipenjara tidak lebih dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Kesalahan kedua atau berikutnya juga boleh membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Kesimpulannya, jika tiada urusan penting atau surat kebenaran tidak perlulah untuk keluar rumah. Anak-anak yang telah dewasa juga nasihatkan ibu bapa anda agar tidak melanggar arahan PKP tahap 3 ini.

sumber : harian metro

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More