HIMPUNAN 5 PANTUN PENGACARA MAJLIS
Pantun merupakan puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi. Menurut Majalah Tunas DBP, pantun terdiri daripada empat baris serangkap, empat perkataan sebaris, mempunyai rima a, b, a, b dengan beberapa variasi dan pengecualian. Tiap-tiap rangkap terbahagi kepada dua, iaitu rangkap pembayang dan rangkap maksud. Setiap rangkap tidak boleh berdiri sendiri dan biasanya rangkap tersebut memerlukan beberapa rangkap yang lain. Ianya bertujuan untuk melengkapkan rangkap yang lain.
Isi Kandungan
Koleksi Pantun
Sudah semestinya, pantun ini tidak tenggelam dek zaman kerana saban hari kita pasti akan mengadakan majlis. Tidak kira majlis itu majlis rasmi ataupun tidak, seeloknya raikanlah dan hiasilah dengan serangkap dua pantun. Justeru di sini kami kongsikan beberapa koleksi pantun pembuka majlis sebagai rujukan yang berkenaan.
Pantun Pembuka Majlis
Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal bismillah pembuka bicara | Jejaran mengkudu berbias kesuma Di celah angsana di Tanah Jawa Ucapan Aluan pembuka bicara Di dewan Gemilang kita bersua |
Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. | |
Terbang rendah burung tempua Hinggap berdua di dahan ara Hidangan di meja sudah tersedia Dijemput tuan menjamu selera | Pergi berhuma di Tanjung Rokan Sebelum pulang mengail ikan Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan |
Terbang rendah burung tempua Hinggap berdua di dahan ara Hidangan di meja sudah tersedia Dijemput tuan menjamu selera | Sayang kumbang mencari makan, Terbang seiring di tepi kali; Selamat datang kami ucapkan, Moga diiringi restu Ilahi. |
Pantun Hari Raya
Bersongkok sampin segak bergaya Berbaju kurung anggun jelita Majlis selamat hari raya Tangan dihulur maaf dipinta | Kuih bahulu tradisi kita Ketupat rendang pembuka selera Tangan dihulur maaf dipinta Agar ukhwah terjalin mesra |
Lemang dihidang enak rasanya Nasi dagang pilihan kita Bingkisan kata bingkisan raya Tuan pengetua bermadah kata | Nasi beriyani menu utama Lontong dan soto tidak dilupa Kek dan biskut tersedia di meja Apa lagi jom jamu selera |
Awan bersua citra berkisah Ukiran sukma kilauan kelisa Sambil berbual nikmati juadah Persembahan pelajar ceria acara | Terbang rendah burung tempua Hinggap berdua di dahan ara Hidangan di meja sudah tersedia Dijemput tuan menjamu selera |
Pantun Doa
Indah mentari terbit di kuala, Tampak cahaya cerah berserakan, Sebelum majlis kita bermula, Bacaan doa kita mulakan. | Tetak buluh kajang sepuluh, Laksana dititing kias ibarat; Angkat tangan jemari sepuluh, Doa di pohon biar selamat |
Kalau pergi Tanjung Keramat, Anak manis jangan diangkat; Bersama kita memohon rahmat, Moga majlis mendapat berkat. | Pergi mengail ikan haruan, Buat selendang kain pelikat, Terima kasih kepada tuan, Doa dipohon semoga berkat. |
Pantun Majlis Di Sekolah
Terbang helang di hujung salang, Hinggap berdua di dahan sena Guru cemerlang negara terbilang Menjunjung setia seiring tema | Awan bersua citra berkisah Ukiran sukma kilauan kelisa Bingkisan perutusan selesai sudah Persembahan pelajar menyusul pula |
Adat nan baharu berubah-ubah Adat manusia mengandung salah Keputusan permainan diketahui sudah Ada menang ada yang kalah. | Rotan melilit tepian pokok Rimbun sebelah pohon seraya Katakan tak nak pada rokok Ia pemusnah mengundang bahaya |
Rotan melilit tepian pokok Rimbun sebelah pohon seraya Katakan tak nak pada rokok Ia pemusnah mengundang bahaya | Selasih mekar di tengah desa Mencelah sama kembang melati Guru Pembina Negara Bangsa Menabur ilmu berkhidmat bakti |
Pantun akhir
Buah cempedak enak rasanya, buat santapan di waktu senja, sekian sahaja ucapan saya, diharap dapat maanfaat semua. | Dari hati turun ke mata, menimbulkan segunung rasa cinta, jika ada terkasar bahasa, tiada yang lain maaf dipinta. |
Terbenam mentari di waktu senja, indah sekali dipandang mata, menyusun jari di akhir bicara silap dan salah maaf dipinta. | Mendengar nenek mengarang cerita, kisah lanun mencari harta, Segala nasihat dan juga kata, harus di renung jangan di lupa, |
Nasi dihidang di atas meja, kuah kari belum dirasa Majlis diakhiri sekian saja, maaf sekiranya terkasar bahasa, | Pergi memburu si anak rusa, lari sembunyi di dalam gua Segala yang baik dari yang ESA, yang buruk harap di maafkan jua |
Penutup
Begitulah indahnya budaya Melayu kita. Bahasa diangkat tinggi dan dihormati berzaman lamanya. Pastikan generasi muda kita hari ini dapat meneruskan lagi adat dan budaya Melayu yang tinggi seperti pantun, syair, sajak dan gurindam hingga ke akhirnya. Pastinya meletur buluh biarlah dari rebungnya, begitu juga dengan anak-anak kita.
Pastikan mereka mempelajari kebudayaan ini sejak di awal usia. Tentunya di sekolah tempat terbaik untuk mereka mempelajari setiap keindahan bahasa ini. Guru-guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam mencorak anak-anak selain ibu bapa. Antara perkara yang guru boleh lakukan untuk memupuk semangat cintakan bahasa dalam kalangan anak murid adalah dengan adakan pertandingan dan sebagainya.
Namun, hari ini guru-guru juga diingatkan agar tidak mempergunakan anak-anak ini sebagai konten di media sosial jika meragam aksi anak-anak. Jika berbuat demikian, guru bakal dikenakan tindakan. Nak tahu tindakan apa, boleh rujuk Jadikan Murid sebagai Konten Di Media Sosial Guru Dikenakan Tindakan.