SUCCESS KIMIA SPM 2023 : HIMPUNAN NOTA RINGKAS
HIMPUNAN NOTA RINGKAS KIMIA SPM ini adalah sebahagian kertas soalan yang telah berjaya dikumpulkan dan dikemaskini oleh kami.
Portal ini dibangunkan untuk membantu pelajar terutamanya, serta para guru dan juga ibubapa dalam nota yang terbaik untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersistematik dan berkesan. Kehadiran portal ini juga diharapkan dapat dijadikan sebaga platform rujukan lengkap untuk bakal-bakal pelajar yang akan menghadapi Peperiksaan SPM terutamanya.
Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun nota ringkas dan padat ini pada pautan muat turun pdf yang telah disediakan di bawah. Semoga ibubapa, guru dan pelajar mempoleh bermanafaat dari bahan yang disediakan
Isi Kandungan
Dapatkan “KOLEKSI NOTA RINGKAS di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Sila download dan semoga berjaya.
Anda juga boleh memuat turun soalan kertas soalan peperiksaan disini Koleksi Kertas Soalan Percubaan SPM Kimia 2019. Selamat maju jaya semua.
6 Perkara yang perlu pelajar buat untuk skot A+ bagi subjek Kimia – Pesan Guru Kimia
1. Kuasai perkaitan antara topik-topik dalam subjek
- Calon perlu memahami perkaitan antara semua topik yang telah dipelajari dalam subjek Kimia dan menguasai isi kandungan subjek
2. Buat analisa soalan SPM tahun-tahun lepas
- Membuat analisa soalan SPM tahun-tahun lepas adalah sangat penting untuk mengetahui topik-topik yang kerap ditanya dalam SPM dan gaya penyoalan yang dikeluarkan.
- Fokuskan pada stimulus yang berbeza yang dikeluarkan untuk topik yang sama. Calon boleh memfokuskan cara menjawab bagi soalan yang mempunyai stimulus yang pelbagai.
- Calon dapat memfokuskan jawapan berdasarkan peruntukan markah yang diberikan menggunakan standard pemarkahan SPM sebenar.
Anda juga boleh memuat turun soalan kertas soalan peperiksaan disini Koleksi Kertas Soalan Percubaan SPM Kimia 2019.
3) Latih tubi Kertas 1
- Kumpulkan seberapa banyak set soalan Kertas 1 dari percubaan negeri-negeri tahun semasa atau set soalan SPM tahun-tahun lepas.
- Jawab soalan Kertas 1 dengan memperuntukkan masa standard SPM iaitu 1 ¼ jam untuk satu set. Kemudian semak jawapan dan kenal pasti kesalahan dan buat pembetulan.
- Ulang untuk set yang berikutnya dan setkan peningkatan yang ditunjukkan bagi setiap set kertas.
- Target untuk mendapat sekurang-kurangnya 40/50 bagi Kertas 1.
4) Latih tubi Kertas 2 soalan struktur (Bahagian A)
- Buat latih tubi soalan struktur dan fokuskan pada soalan aras aplikasi dan analisis iaitu soalan 5 dan 6.
- Target untuk mendapat sekurang-kurangnya 45/60 bagi bahagian A Kertas 2.
5) Latih tubi Kertas 2 soalan esei (Bahagian B dan C)
- Tahu perbezaan soalan respon tertutup (Bahagian B) dengan soalan respon terbuka (Bahagian C).
- Buat pemilihan soalan yang bijak (pilih salah satu dari dua soalan di Bahagian B dan salah satu dari dua soalan dari Bahagian C).
- Kuasai teknik menjawab soalan mengeskperimen (Bahagian C) yang bernilai 10 markah.
6) Kuasai teknik menjawab Kertas 3
- Fokuskan untuk mendapatkan skor 3 bagi setiap konstruk kemahiran proses sains yang diuji.
- Target untuk mendapat sekurang-kurangnya 40/50 bagi kertas 3.
Penutup
Sekian. Semoga perkongsian pada kali ini iaitu HIMPUNAN NOTA RINGKAS KIMIA SPM ini memberikan manfaat kepada anda semua. Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih.