HLP PPPT: Hadiah Latihan Persekutuan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
Berikut adalah info mengenai pelawaan kemudahan penajaan untuk Hadiah Latihan Persekutuan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (HLP PPPT) secara Sepenuh Masa bagi Tahun 2025.
Isi Kandungan
Tawaran HLP PPPT
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menawarkan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dengan kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) bagi mengikuti pengajian kursus-kursus jangka panjang secara Sepenuh Masa di peringkat Sarjana dan Ph.D di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Dalam Negara dan Universiti Luar Negara bagi Tahun 2025.
Tawaran ini dibuka khusus untuk Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional didalam skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Skim DH di Politeknik, Kolej Komuniti dan KPT sahaja.
Bidang-bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan yang dikeluarkan oleh Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti seperti berikut:
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat-syarat untuk membuat permohonan HLP PPPT ini adalah seperti berikut:
- Pada 1 Januari 2025, pegawai mestilah berumur tidak lebih daripada 45 tahun bagi pengajian peringkat Ph.D dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.
- Telah disahkan dalam perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan.
- Telah berkhidmat sekurang-kurangnya selama tiga (3) tahun dalam skim perkhidmatan Pegawai PPPT Gred 41 dan ke atas pada tarikh tutup permohonan.
- Mencapai purata markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata 85% ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun skim perkhidmatan terkini secara berturut-turut (2021, 2022 & 2023). Penilaian setahun LNPT hendaklah genap 12 bulan.
- Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan tugas pegawai / bidang pengajian Sarjana Muda yang telah diikuti dan diperlukan demi kepentingan perkhidmatan.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ijazah Sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D (pencapaian CGPA minimum 2.50).
- Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan.
- Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang / jangka pendek sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (jika berkenaan).
- Masih belum mendapat tempat di mana-mana IPT sama ada di luar atau dalam negara ATAU telah mendapat tempat pengajian tetapi belum memulakan pengajian di mana-mana IPT sama ada di luar atau dalam negara (Sesi Pengajian perlu bermula pada Sesi Pengajian Semester 1 2025/2026).
- Pegawai hanya dibenarkan memohon pengajian di peringkat Ijazah Sarjana yang menawarkan pengajian tanpa perlu mengikuti kursus pra syarat.
- Mematuhi syarat yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kemudahan Cuti Belajar kepada Penjawat Awam.
- Telah mengisytiharkan harta (termasuk pengisytiharan harta tambahan) dalam tempoh 5 tahun kebelakangan.
- Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman PTPTN atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).
- Pegawai bebas daripada sebarang penyakit kronik.
- Bersih daripada pertuduhan / tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah.
- Menyediakan kertas cadangan pengajian (proposal) dan hendaklah dimuat naik serta diserahkan kepada urus setia semasa calon menghadiri temu duga.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan HLP PPPT bagi Tahun 2025 ini kini dibuka bermula jam 5.00 petang, 30 Oktober 2024 sehingga jam 5.00 petang 30 November 2024 dan permohonan boleh dibuat secara atas talian sepenuhnya pada pautan berikut:
Kesemua dokumen sokongan serta borang perakuan Ketua Jabatan hendaklah dimuat naik kembali dan permohonan adalah dianggap lengkap dan telah dihantar apabila pemohon menekan butang ‘Sah & Hantar’ pada paparan yang disediakan.
Permohonan yang tidak menepati syarat yang ditetapkan, mengandungi maklumat yang tidak benar, tidak lengkap, dokumen sokongan yang tidak disahkan atau borang permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk urusan temu duga.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan HLP PPPT ini, sila rujuk Syarat & Cara Permohonan yang lebih terperinci terlebih dahulu dan boleh utarakan pertanyaan anda kepada e-mel kepada [email protected] atau terus hubungi talian 03 – 8870 6338 / 6361 / 5011 jika mempunyai sebarang masalah.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!