Sumber Rujukan Globalisasi Anda

HRMIS 2.0 – Login HRMIS

HRMIS atau lebih dikenali sebagai Human Resource Management Info System merupakan suatu sistem yang diwujudkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menjalankan urusan berkenaan dengan sumber manusia dalam setiap agensi dan organisasi.

Ia juga merupakan aplikasi khas kerajaan persekutuan dan hampir kesemua penjawat awam mempunyai ID masing-masing yang boleh didapati dari Pentabir HRMIS jabatan masing-masing. Sistem ini telah banyak dipergiatkan dalam sektor perkhidmatan awam khususnya di Malaysia yang terditi daripada :

  1. HRMIS 1.0 (Versi klasik)
  2. HRMIS 2.0 (Versi yang telah dinaiktaraf daripada HRMIS 1.0)
HRMIS
Aplikasi HRMIS 2.0

Login page utama sistem pengurusan maklumat penjawat awam ini telah dikemaskini dari versi 1.0 kepada 2.0. Ramai dan banyak aduan telah dibuat berkenaan dengan aplikasi ini yang sangat “slow”, namum kerajaan sekarang sedang usaha sedia upaya untuk meningkatkan taraf keberkesanan dalam menggunakan aplikasi ini.

Isi Kandungan

LAMAN WEB DAN LOGIN HRMIS 2.0

Bagi penjawat awam yang mempunyai akaun HRMIS, di bawah ialah pautan ke laman utama HRMIS :

  1. Layari laman web https://hrmis2.eghrmis.gov.my
  2. Masukkan ID pengguna anda dan Kata Laluan anda
  3. Klik pada butang “hantar”.

Selepas akaun anda diaktifkan, anda boleh mengakses ke akaun HRMIS anda dan lakukan tindakan selanjutnya. Kami ada menyediakan artikel Cara Login HRMIS 2.0 jika anda memerlukan panduan mudah login.

SILA MUAT TURUN BROCHURE HRMIS DI PAUTAN LINK DIBAWAH SECARA PERCUMA

Brochure HRMIS 2.0

Format dokumen ini adalah dalam bentuk ‘PDF’. Sila download secara percuma.

OBJEKTIF DAN TUJUAN PERLAKSANAAN

Berikut adalah objektif HRMIS yang ditetapkan oleh pihak JPA.

  1. Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat pengurusan sumber manusia yang lebih lengkap
  2. Mengautomasikan proses-proses operasi pengurusan sumber manusia. membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan.
  3. Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal.
  4. Membuat penyelarasan terhadap proses-proses sumber manusia dan capaian melalui
    “single window”.
  5. Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran “paper-less”.
  6. Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi.

KONSEP DAN FALSAFAH

  1. HRMIS bertujuan bagi mencapai visi, hala tuju strategik pengurusan sumber manusia.
  2. Pengurusan Sumber Manusia ini berteraskan elemen kompetensi. Komponen- komponen ini adalah tunjang utama yang menggerakkan semua fungsi Pengurusan Sumber Manusia.
  3. Sesuatu organisasi yang punyai pegawai yang kompeten hendaklah memastikan ianya efisien dalam penyampaian perkhidmatan terhadap pelanggan. Jadi, penilaian kompetensi pihak pengurusan dapat mengenalpasti tahap kompetensi seseorang pegawai berdasarkan jawatan yang disandangnya.
  4. Sekiranya terdapat beza ketara antara kompetensi pegawai dan jawatan disandang, pegawai itu boleh diambil tindakan untuk ruang penambah baikkan.
  5. Maklumat tahap kompetensi seseorang pegawai akan menjadi input penting dalam modul-modul teras yang lain iaitu Modul Perolehan Sumber Manusia, Modul Pembangunan, Modul Pengurusan Prestasi, Modul Pengurusan Kerjaya dan Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran.

CIRI-CIRI HRMIS

Aplikasi ini telah dibangunkan dengan ciri-ciri utama seperti berikut :

  1. Dipacu oleh proses (Process Driven) – Pengurusan sumber manusia sektor awam adalah dipacu melalui proses yang dibina dalam aplikasi HRMIS.
  2. Perhubungan Antara Tiga Komponen Data -Penggunaan data dalam HRMIS adalah berasaskan tiga komponen data iaitu data peribadi, data perjawatan dan data transaksi.
  3. Kemudahan Layan Diri – Para pegawai dapat mengisi dan mengemaskini dengan sendirinya mengikut kehendak dan keperluan masing-masing.
  4. Berasaskan Web –  Ianya berasaskan capaian internet dan para pegawai boleh mengaksesnya di mana sahaja selari dengan teknologi zaman sekarang.
  5. Integrasi Antara Fungsi-Fungsi Sumber Manusia –  Ianya bertujuan memanfaatkan konsep “single entry, mutilple users” supaya data/maklumat daripada sesuatu modul boleh diguna oleh modul-modul lain.
  6. Perkongsian Ilmu – Dasar Pengurusan Sumber Manusia dan pekeliling/peraturan yang disimpan dalam Modul Penerbitan Web dan Modul Pangkalan Ilmu dapat dikongsi di kalangan pengguna bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai dasar Pengurusan Sumber Manusia serta perkembangan semasa.
  7. Dasar/Peraturan Sumber Manusia Dimasukkan Dalam Sistem – Ianya memberi kemudahan untuk membuat semakan secara automatik dan mengurangkan bebanan pihak pentadbir dalam membuat semua urusan.
  8. Keselamatan dan Aliran Kerja (Workflow) – Memberi jaminan integriti maklumat dan keselamatan capaian yang mana sebarang tambahan, pindaan atau pemansuhan data tidak dapat dilakukan tanpa kebenaran pihak yang bertanggungjawab.

APAKAH KANDUNGAN HRMIS 2.0?

Berikut adalah kandungan yang terdapat dalam HRMIS 2.0.

  1. Formulasi dan penilaian strategi
  2. Perolehan sumber manusia
  3. Pembangunan
  4. Pengurusan kerjaya
  5. Pengurusan saraan faedah dan ganjaran
  6. Pengurusan komunikasi dan tatatertib pekerja
  7. Pengurusan prestasi
  8. Penilaian kompetensi
  9. Pengurusan rekod peribadi
  10. Penamatan perkhidmatan
  11. Data perjawatan
  12. Perkhidmatan maklumat

Semua perkara di atas penting untuk kita isi dan akan memudahkan urusan kita nanti. Contohnya dalam ruangan maklumat keluarga, detail ni sangat diperlukan sekiranya kita ingin mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Oleh itu anda hendaklah melengkapkan rekod peribadi seperti nama ahli keluarga anda iaitu ibu, ayah,suami isteri dan anak-anak. Pengisytiharan harta secara online juga penting dalam pengurusan rekod peribadi.

Selain itu, permohonan cuti juga perlu dibuat dalam sistem ini, sama ada cuti rehat khas, cuti sakit, cuti tanpa gaji, cuti bersalin dan sebagainya. Ianya sangat membantu para penjawat awam untuk mengisi dimana sahaja. Biarpun sudah ada versi online ini, akan tetapi pengisian secara manual juga perlu diisi sebagai rekod offline bergantung kepada majikan tersebut.

hrmis
HRMIS 2.0 – Paparan dalam aplikasi terbaru

Kini anda boleh menggunakan HRMIS 2.0 ini dalam aplikasi atas talian yang terkini. Ianya boleh dilayari dengan menggunakan Internet Explorer,Firefox ,Safari dan Chrome untuk pengguna android. Ianya sangat mesra pengguna dan ada kaunter pertanyaan dan bantuan disediakan bagi yang mempunyai masalah berhubung dengan aplikasi ini.

hrmis 2.0
HRMIS 2.0 – Apkilasi atas talian

APAKAH HRMIS ONE?

Ianya satu aplikasi klasik yang sebelum terciptanya HRMIS 2.0. Anda boleh rujuk dalam link dibawah berbentuk pdf untuk setting bagi HRMIS 1.0 . Akan tetapi, kita sudah tidak lagi menggunakan HRMIS ONE ini lagi.

APLIKASI MyHRMIS MOBILE

Untuk makluman semua, pijak JPA telah berjaya diterbitkan dan boleh di muat turun melalui aplikasi GAMMA, GOOGLE PLAY STORE, APPLE APP STORE dan HUAWEI APP GALLERY seperti di pautan berikut.

 Sumber

 Link Download Aplikasi

Sila download di pautan sebelah

MyHRMIS PROFIL

JPA atau Jabatan Perkhidmatan Awam telah membuat inovasi baru dengan melancarkan aplikasi MyHRMIS bagi membolehkan para penjawat awam membuat semakan terhadap maklumat peribadi seperti yang telah disetkan dalam aplikasi MyHRMIS ini. Aplikasi ini boleh dimuat turun dari Apps Store bagi pengguna IOS dan Google Play Store bagi pengguna Android.

HRMIS
Aplikasi MyHRMIS profil

Makluman : Kepada para pengguna yang sudah berdaftar dalam MyHRMIS Cuti sudah tidak perlu mendaftar semula dalam aplikasi ini. 

BUKTI YANG PERLU ADA DAN DIMASUKKAN DALAM APLIKASI MyHRMIS PROFIL

Terdapat 7 bukti yang perlu ada dalam MyHRMIS Profil.

  1. Maklumat peribadi
  2. Maklumat pendidikan
  3. Maklumat keluarga
  4. Maklumat anugerah
  5. Maklumat sejarah perkhidmatan
  6. Maklumat profil perkhidmatan
  7. Maklumat kursus

TATACARA PENGGUNAAN MyHRMIS PROFIL

Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan pengguna. Kata laluan adalah sama seperti kata laluan dalam aplikasi ini.

  1. Klik “Log-in” untuk teruskan
  2. Klik kekotak dibawah tersebut untuk set kepada ingat no. kad penganalan dan Kata Laluan.
  3. Apabila paparan utama MyHRMIS profile keluar, klik menu “data peribadi” dan pastikan semua detail berkenaan adalah tepat dan terkini.
  4. Klik menu maklumat pendidikan. Pastikan semua maklumat pendidikan pegawai adalah tepat dan terkini.
  5. Klik menu keluarga. Paparan ini akan memaparkan maklumat keluarga pegawai dan hanya item yang diguna oleh eGL sahaja akan dipaparkan.
  6. Klik menu anugerah dan pastikan semua maklumat anugerah pegawai adalah terkini.
  7. Klik menu sejarah perkhidmatan, profil perkhidmatan dan maklumat kursus yang dihadiri oleh pegawai dalam 10 tahun terkini.
  8. Klik “About” untuk paparan informasi bagi aplikasi termasuk versi untuk rujukan pengguna

TUTORIAL APLIKASI MyHRMIS PROFIL

Berikut adalah video tutorial sebagai rujukan kita semua. Sila ikut langkah-langkah yang diberikan dalam video tutorial ini.

TIPS DAN PANDUAN MEMUATNAIK GAMBAR SENDIRI KE DALAM APLIKASI

Berikut adalah tips yang telah diberikan untuk memuat naik gambar sendiri di dalam aplikasi ini. Sila ikuti syarat dan peraturan dengan merujuk contoh gambar yang diterima.

HRMIS
Tips memuat naik gambar dalam aplikasi

SOALAN-SOALAN LAZIM BERKAITAN HRMIS

Disini juga kami ada menghimpunkan soalan-soalan yang sering tertanya-tanya dalam kalangan pengguna HRMIS. Semoga dapat membantu anda semua.

APAKAH YANG PATUT DILAKUKAN SEKIRANYA KATA LALUAN SALAH?

Kata laluan pengguna perlu direset semula mengikut alamat emel rasmi yang anda berikan bersama tarikh lantikan pertama dalam perkhidmatan awam yang telah direkodkan dalam aplikasi ini. Setiap pegawai haruslah menggunakan e-mel rasmi untuk direkodkan dalam sistem ini.

Sekiranya segala makumat yang diberikan masih belum dikemaskini, anda bolehlah memohon kepada pentadbir sistem di tempat masing-masing untuk ‘reset’ Kata Laluan tersebut.

hrmis
Cara reset semula kata laluan

APA ITU MyHRMIS CUTI?

Aplikasi terbaru yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai satu pemudahcara untuk pegawai memohon cuti, menyemak status cuti dan kelayakan cuti, menguruskan cuti melalui apliksasi mudah alih. Ianya membantu pegawai menguruskan dan perekodan cuti secara sistematik, cekap dan berkesan.

APA KELEBIHAN HRMIS BAGI PENGURUSAN CUTI ONLINE?

Dengan menggunakan aplikasi ini menjadikan segalanya dihujung jari dan boleh dibuat dalam kadar segera. Pegawai boleh menyemak status kelulusan cuti secara atas talian setelah permohonan cuti mereka disemak pihak terbabit. Selain dari itu, baki cuti juga boleh diketahui bagi pegawai merancang cuti mereka yang masih ada.

ADAKAH HRMIS 1.0 AKAN DITAMATKAN SELEPAS ADANYA HRMIS 2.0?

Ya. JPA sedang berusaha untuk membuat pertukaran dari HRMIS 1.0 ke HRMIS 2.0. Adalah digalakkan semua pengguna menggunakan HRMIS 2.0 dalam masa terdekat.

HRMIS
HRMIS KLASIK 1.0 ditutup

APAKAH JENIS PINJAMAN YANG BOLEH DIPOHON MELALUI HRMIS?

Jenis pinjaman yang boleh dibuat permohonan melalui HRMIS ialah:

  • Perumahan
  • Komputer
  • Kenderaan

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ‘GEMULAH ATAUPUN ARWAH’ DALAM HRMIS?

Ianya merujuk kepada seseorang yang meninggal dunia ketika dalam perkhidmatan atau persaraan.

APAKAH MyHRMIS KELUAR PEJABAT?

MyHRMIS keluar pejabat adalah aplikasi yang dikhaskan bagi memudahkan pengurusan keluar pejabat dalam waktu bekerja. Ianya penting untuk mengawal pergerakan pegawai dalam waktu bekerja. ini adalah selari dengan apa yang JPN keluarkan.

HARUSKAH HRMIS DITERUSKAN?

Sejujurnya, sistem dan aplikasi HRMIS 2.0 ini sangat bagus dan memudahkan urusan setiap staf. Banyak perkara-perkara yang dahulunya perlu dibuat secara manual, kini staf hanya perlu buat secara online sahaja. Dan itulah sebenarnya tujuan utama sistem ini diwujudkan. Semoga sistem HRMIS ini ditambahbaik lagi pada masa yang akan datang dan dapat membantu mempercepatkan sistem pengurusan dalam pentadbiran awam negara.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More