Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hukum Beri Dan Jawab Salam Kepada Bukan Muslim

Salam merupakan ucapan sejahtera dan selamat bertujuan memberi penghormatan sesama saudara muslim. Kebiasaan lafaz yang digunakan seperti assalamualaikum, salam sejahtera dan ucapan selamat yang lain. S@lam biasanya diberi dan disambut oleh kita yang beragama Islam.

salam

Namun, hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama, pastinya ada orang bukan Islam yang sering menghulurkan sa1am kepada orang Islam kerana mereka memahami adat serta budaya agama kita. Namun, persoalannya, bolehkah kita memberi sa1am serta menjawab sa1am dari orang bukan Islam?

Isi Kandungan

Hukum beri dan sambut salam

Menurut mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan juga bekas Menteri Agama, Dr Zulkifli Al Bakri seperti yang dikongsi di laman rasmi blog miliknya iaitu zulkiflialbakri.com, jelasnya, para ulama’ Maliki mengatakan majoriti umat Islam berpendapat bahawa hukum memberi s@lam adalah sunat, manakala hukum menjawab s@lam adalah fardhu.

Ibn al-Arabi menukilkan pandangan salah seorang ulama’ mazhab maliki iaitu Abdul Wahhab, katanya: Memberi dan menjawab s@lam hukumnya fardhu kifayah jika berada dalam satu kumpulan. Oleh itu, memberi s@lam adalah fardhu bagi orang yang dikenali, dan sunat jika tidak dikenali. Hal ini kerana orang yang dikenali jika tidak diucapkan s@lam kepadanya akan menyebabkan dia terasa hati.

Pada asalnya hukum memberi s@lam adalah disunatkan, ini merupakan pandangan Mazhab Maliki, Syafi’e dan Hanbali. Dan menjawab sa1am itu adalah diwajibkan dan sekira diberikan sa1am itu kepada sekumpulan manusia maka hukumnya fardhu kifayah ke atas mereka.

SALAM

Selain itu Imam al-Nawawi menyatakan di dalam kitabnya: Hukum memulakan sal@m itu adalah sunat muakkad. Adapun hukum menjawab sal@m adalah fardu atau wajib secara ijma’. Sekiranya seseorang memberi sa1am kepada seseorang yang lain maka yang kedua itu wajib menjawabnya sebagai fardu ain. Manakala sekiranya diberi sa1am kepada sekelompok manusia, maka menjawabnya menjadi fardu kifayah.

Hukum beri ‘Assalamuaikum’ pada bukan Islam

Menurut Dr Zulkifli lagi, sememangnya telah terdapat satu hadith Nabi SAW berkaitan larangan terhadap umat Islam untuk memberi atau memulakan ucapan s@lam “Assalamualaikum” kepada bukan Islam. Perkara ini adalah berdasarkan kepada satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Maksudnya“Janganlah kalian memulakan ucapan sa1am kepada orang Yahudi dan juga Nasrani

Menjawab kepada isu di atas, hukum memberi salam kepada kumpulan yang terdiri padanya orang-orang Islam dan orang-orang bukan Islam adalah harus dan dibolehkan.

Imam al-Nawawi menyatakan bahawa sekiranya dalam satu kumpulan atau majlis itu terdiri daripada orang-orang Islam dan bukan Islam, maka harus memulakan untuk memberi salam kepada kumpulan tersebut dengan niat untuk memberi s@lam kepada orang-orang Islam.

salam

Imam al-Mawardi dalam kitabnya al-Hawi al-Kabir, menyebut:

  • Harus dan dibolehkan memberi salam kepada bukan Islam kerana ucapan s@lam adalah adab dan sunnah. Justeru, sudah tentu orang Islam lebih dituntut untuk melakukannya. Namun, orang Islam hanya perlu menyebut: “Assalamu‘alaika” dengan lafaz tunggal dan jangan menyebut dengan lafaz jama’ “Assalamu ‘alaikum” sepertimana ucapan kepada orang Islam yang lain bagi membezakan orang Islam dan bukan Islam.
  • Dilarang memberi salam kepada bukan Islam sehingga mereka (bukan Islam) yang memulakan terlebih dahulu. Ini berdasarkan kepada hadith Nabi SAW berikut:

Maksudnya“Sesungguhnya aku akan pergi kepada Yahudi esok. Janganlah kamu memulai memberi salam kepada orang Yahudi. Namun sekiranya mereka memulai memberi salam, maka katakanlah: Wa ‘alaikum

Justeru, Dr Zulkifli membuat kesimpulan berdasarkan kepada perbincangan di atas, beliau cenderung mengatakan bahawa dilarang untuk memberikan ucapan s@lam kepada bukan Islam.

Namun begitu, sekiranya terdapat kelompok yang terdiri daripada orang-orang Islam dan bukan Islam, maka hukumnya adalah harus dan dibolehkan berdasarkan kepada perbuatan Nabi SAW yang dinyatakan di atas. Adapun begitu, niat asal pemberi s@lam tersebut mestilah ditujukan kepada orang-orang Islam yang berada dalam kelompok tersebut.

salam

Penutup

Menjadi kewajipan untuk kita mengetahui hukum ini kerana kita hidup dalam masyarakat berbilang banga, kaum dan agama. Sekiranya tidak jelas atau keliru dengan hukum hakam, maka rujuklah kepada mereka yang ahli iaitu alim ulama. Selain hukum mengucapkan Assalamualikum, kami di sini juga kongsikan pelbagai lagi hukum lagi dari alim ulama sebagai rujukan, seperti hukum mandi wajib dalam tab mandi.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More