Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hukum Mandi Wajib 2024: Sah Ke Tak Kalau Berendam Dalam Tab Mandi?

Hukum mandi wajib walaupun ramai yang dah tahu wajib, tetap ada juga soalan berbangkit seperti kaedah, cara serta apa yang dilakukan itu boleh atau tidak dan sah ke tak.

Mandi wajib adalah seperti mandi junub iaitu mandi yang diwajibkan ke atas orang Islam jika keluar air mani, haid, nifas dan wiladah serta bersetubuh. Mandi wajib tidak boleh dipandang ringan kerana jika tidak sempurna, maka ibadah lain tidak sah kerana kita masih tidak suci. Walaupun ianya penting, namun tatacara sebenar tidaklah serumit mana, ianya ringkas dan cepat asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan.

Isi Kandungan

Niat dan cara

Innamal a’mal lubinnit. Maksudnya setiap amal atau perbuatan kita perlu dimulakan dengan niat. begitu juga dengan mandi wajib, perlu niat terlebih dahulu sebelum mandi. berikut dikongsikan niat yang boleh dan boleh diamalkan sebelum mandi w@jib:

“Nawaitu raf’al hadatsi akbari lillahi ta’ala.”

Maksudnya:

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”

HUKUM MANDI WAJIB

Tatacara mandi wajib

Menurut laman rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tegas Mufti, para ulama telah menjelaskan bahawa fardu bagi mandi wajib ada dua perkara sahaja iaitu:

  1. Niat mandi wajib
  2. Meratakan air ke seluruh badan.

Hal ini seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Nawawi bahawa:

Maksudnya: Sekurang-kurang untuk (mandi wajib) ialah niat mengangkat hadas atau bagi memboleh ibadah yang memerlukan kepadanya atau bagi melaksanakan fardu mandi wajib yang dilakukan bersamaan dengan basuhan pertama anggota yang wajib dan meratakan air ke seluruh bulu dan badan.

Ada disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.A, yang merujuk kepada meratakan air ke seluruh badan, beliau berkata:

Maksudnya: Sesungguhnya apabila Nabi SAW mandi junub, Baginda akan memulakannya dengan mencuci kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk untuk solat. Seterusnya, Baginda memasukkan jari-jari ke dalam air lalu meratakannya ke kulit rambutnya. Kemudian Baginda menyiramkan air ke atas kepala dengan kedua-dua tangannya sebanyak tiga kali, seterusnya Baginda mengalirkan air ke seluruh kulit tubuhnya.

Hukum mandi wajib dalam tab

Berdasarkan penjelasan di atas hukum mandi wajib atau mandi junub dengan cara berendam di dalam tab mandi, jika telah cukup dua rukun di atas iaitu niat dan meratai air ke seluruh badan maka ia adalah sah.  Imam al-Ramli menjelaskan bahawa:

Jika ada seseorang yang junub dan orang yang berhadas kecil menyelam ke dalam air yang sedikit (kurang daripada 2 kolah), kemudian berniat, maka hilang hadas dari keseluruhan anggota badan dalam permasalahan pertama (bagi orang yang junub, dan hadas hilang daripada anggota wuduk dalam permasalahan yang kedua (bagi orang berhadas). Sementara itu, air tersebut menjadi mustakmal jika  digunakan lagi oleh orang lain, bukan pada diri sendiri.

Seterusnya, Imam Ba ‘alawi menjelaskan bahawa jika terdapat seseorang yang junub menyelam ke dalam air yang banyak atau sedikit dan berniat, maka sah dan memadai meskipun tidak disertai dengan gosokan pada badannya. Walau bagaimanapun, jika terdapat lilin, kotoran atau minyak pada anggota tubuh badannya sehingga menghalang air untuk sampai ke tubuhnya melainkan dengan cara menggosok, maka wajib menggosok sebagaimana dijelaskan di dalam bab wuduk.

HUKUM MANDI WAJIB

Justeru,hukum mandi wajib atau junub yang dilakukan dengan berendam di dalam tab mandi adalah sah dan memadai sekalipun tidak menggosok tubuh badan apabila tidak terdapat sebarang kotoran yang menghalang laluan air untuk sampai ke tubuh badan. Akan tetapi, jika terdapat kotoran tersebut, maka wajib menggosok dan menghilangkan kotoran tersebut seperti perbahasan di dalam bab wuduk.

Tidak perlu berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung

Selain persoalan hukum mandi wajib, ada persoalan juga di mana perlukah kita berkumur dan mamasukkan air ke dalam hidung jika mandi wajib? ini kerana kedua keadaan ini tidak termasuk dalam anggota yang diratakan oleh air.

Menurut mazhab Syafie, berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung tidak diwajibkan ketika mandi junub. Hal ini kerana bahagian dalam mulut dan hidung tidak termasuk anggota zahir yang wajib diratakan air ketika mandi junub.

Oleh kerana itu menurut mazhab Syafie, berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung tidak diwajibkan ketika mandi junub. Imam al-Khatib al-Syirbini berkata:

Maksudnya: Tidak diwajibkan berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung (istinsyaq) ketika mandi junub, bahkan ia hanya sunat, seperti ketika wuduk dan mandi jenazah.

Hal ini kerana bahagian dalam mulut dan hidung bukan bahagian yang wajib diratakan air, seperti yang dijelaskan oleh Syeikh Sulayman al-Bujairami:

Maksudnya: Kata Syeikh Zakariyya al-Ansari “tidak wajib berkumur dan istinsyaq ketika mandi wajib” kerana kedua-dua anggota perbuatan itu bukan termasuk bahagian badan yang zahir, meskipun bahagian dalam mulut dan hidung itu terbuka disebabkan organ penutupnya terputus.

Kesimpulan

Semoga perkongsian kami ini mendapat manfaat pada ramai orang. Ini kerana mungkin ramai yang masih malu untuk berbicara secara terbuka topik ini termasuk nak bertanya hukum mandi mandi secara terang-terangan. Harapannya dengan membaca artikel ini, kalian mendapat info seperti yang diperlukan itu seperti hukum mandi wajib dalam tab mandi yang dikongsi di atas. Selain berkenaan hukum mandi wajib, boleh juga baca di sini Hukum Mandi Wajib Pada Bulan Ramadan Selepas Subuh.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More