Sumber Rujukan Globalisasi Anda

i-Sayang KWSP

i-Sayang KWSP telah diperkenalkan oleh Kerajaan sebagai salah satu inisiatif baharu kepada rakyat Malaysia.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau Employees Provident Fund (EPF) telah melancarkan satu kemudahan baharu iaitu i-Sayang sebagai satu daripada usaha untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan khususnya ahli KWSP.

Pengerusi, Ahmad Badri Mohd Zahir berkata kemudahan ini akan membenarkan pemindahan secara sukarela sebanyak 2% dari akaun suami ke akaun isteri.

Isi Kandungan

Apakah i-Sayang KWSP?

i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

i-Sayang juga adalah sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang suami kepada isteri tercinta.

Buat wanita-wanita yang sentiasa bekerja keras dan berusaha memberikan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga, pastikan masa depan anda terjamin dengan adanya simpanan persaraan.

Selain itu, disini juga terdapat info-info terkini tentang KWSP yang boleh dijadikan maklumat tambahan terkini anda.

i-sayang kwsp

Ciri-ciri i-Sayang KWSP

Antara ciri-ciri i-Sayang KWSP ini adalah:

  • Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
  • Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik pada setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
  • Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).
  • KWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam akaun isteri (penerima) dengan mengkreditkan 70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2.
  • i-Sayang hanya untuk pindahan sebanyak 2% sahaja dan suami (pemberi) tidak boleh memohon untuk mencarum melebihi 2% ke dalam akaun isteri (penerima) kerana ianya adalah ditetapkan oleh Kerajaan.
  • Caruman i-Sayang adalah terhad kepada 2% sahaja setelah mengambil kira situasi suami berkahwin dengan 4 orang isteri. Oleh itu, jumlah pindahan adalah 8%. Baki syer pekerja suami adalah 3% daripada jumlah syer pekerja sebanyak 11%.
  • Inisiatif i-Sayang hanya membenarkan pemindahan caruman dibuat daripada akaun KWSP suami (pemberi) ke dalam akaun KWSP isteri (penerima) dan tidak boleh bagi pemindahan caruman dibuat daripada akaun KWSP isteri (penerima) ke dalam akaun KWSP suami (pemberi).

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan permohonan i-Sayang KWSP adalah seperti yang berikut:

Suami (Pemberi)

  • Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
  • Ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

Isteri (Penerima)

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Belum mencapai umur 75 tahun
  • Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

Cara Permohonan

Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) cara berikut:

  • i-Akaun (Ahli)

atau

Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.

Jom Daftar i-Sayang Sekarang!

Pembatalan Permohonan

Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).

Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima), suami (pemberi) perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan. Kelewatan dalam memaklumkan perkara ini kepada pihak KWSP akan mengakibatkan pemindahan caruman terus dibuat ke dalam akaun isteri (penerima).

Dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pembatalan i-Sayang adalah seperti berikut:

  • Sijil penceraian

atau

  • Sijil kematian isteri (penerima)

Cara Pengiraan Pindahan i-Sayang KWSP

Cara pengiraan pindahan 2% caruman i-Sayang daripada akaun suami (pemberi) ke akaun isteri (penerima) adalah seperti berikut:

i-Sayang KWSP

Amaun pindahan caruman i-Sayang akan dipaparkan dalam penyata KWSP tahunan suami (pemberi) dan isteri (penerima) yang boleh disemak melalui i-Akaun (Ahli).

Majikan tidak perlu membuat pengasingan pembayaran caruman. Majikan hanya perlu membuat pembayaran caruman seperti biasa. Pengasingan tersebut akan dilaksanakan oleh KWSP melalui pemindahan caruman daripada akaun suami (pemberi) ke dalam akaun isteri (penerima).

Sumber: Buletin TV3

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan i-Sayang KWSP boleh diperoleh melalui saluran-saluran berikut:

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More