i-Sinar Kategori 2 | Cara Memohon, Syarat & Dokumen Yang Diperlukan
Adakah i-Sinar Kategori 1 anda tidak diluluskan? Jangan risau, anda masih berpeluang untuk membuat permohonan i-Sinar Kategori 2. Seperti yang semua maklum, status kelulusan i-Sinar Kategori 1 telah mula diumumkan melalui Portal i-Sinar KWSP.
Jika anda mendapat mesej ‘PERMOHONAN ANDA SEDANG DIPROSES’, ia bermaksud anda perlu menyertakan dokumen sokongan mulai 11 Januari ini. Bagi yang tidak berjaya, jangan risau kerana anda masih berpeluang untuk membuat permohonan melalui i-Sinar Kategori 2.
Isi Kandungan
Syarat Bagi Kategori 2 i-Sinar
Berikut adalah kriteria-kriteria yang perlu anda sediakan bagi permohonan i-sinar kategori 2 nanti.
“Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami “pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas” (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.”
Permohonan ini perlu disertakan bersama dokumen berikut:
👉Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
👉Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
👉Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.
Semakan Status i-Sinar Kategori 2
- Bagi i-Sinar Kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
- Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Bila Pembayaran i-Sinar Kategori 2 Dibuat
- Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Cara Permohonan
Berikut adalah cara permohonan i-Sinar Kategori 1 secara online untuk anda yang terlepas.
- Layari isinar.kwsp.gov.my (mulai 11 Januari 2021)
- Isikan No IC dan No Tel Bimbit
- Tekan TERUSKAN
- Isikan Nombor OTP yang diterima melalui SMS dan tekan SAHKAN OTP atau JAWAB SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan.
- Tetapkan Amaun Pilihan
- Tetapkan Bayaran Bulan Pertama dan tekan TERUSKAN
- Lengkapkan Maklumat Pemohon yang WAJIB diisi
- Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan tekan TERUSKAN
- Lampirkan Dokumen Sokongan
- Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan ✓ sebelum tekan HANTAR
- Permohonan telah diterima dan akan diproses
Tarikh-Tarikh Penting i-Sinar
- Permohonan Kategori 1 – 21 Disember 2021
- Permohonan Kategori 2 – 11 Januari 2021
- Permohonan Tamat – 30 Jun 2021
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
- Sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848.
- Untuk sebarang urusan di kaunter KWSP, sila buat janji temu KWSP secara online
- Layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.