Sumber Rujukan Globalisasi Anda

iBita: Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi 2024

Berikut dikongsikan mengenai sebuah bantuan pendaftaran pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang kini sedang dibuka, iaitu melalui sistem iBita.

Isi Kandungan

Permohonan iBita Sesi 2024

iBita adalah sebuah sistem atas talian (online) bagi Sistem Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Permohonan iBita bagi sesi 2024 kini dibuka bermula 1 Julai sehingga 31 Julai 2024 bagi kemasukan Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.

Bagi pelajar yang telah menerima surat tawaran ke IPT bermula Oktober 2023 hingga Julai 2024 boleh mengisi borang permohonan dalam talian tersebut.

iBita: Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi 2024 1

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diterima oleh pemohon adalah seperti berikut:

Universiti di Semenanjung MalaysiaRM 1,000.00
Universiti di Sabah dan SarawakRM 1,200.00
Politeknik MalaysiaRM 300.00
iBita

Senarai Universiti / Politeknik Malaysia

Hanya 20 IPTA, 6 IPTS dan 36 Politeknik Malaysia yang dinyatakan berikut sahaja yang layak untuk membuat permohonan bantuan ini, iaitu:

IPTA1. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)
2. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
3. UNIVERSITI MALAYA (UM)
4. UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)
5. UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH(UMPSA)
6. UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
7. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
8. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)
9. UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
10. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
11. UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
12. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
13. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
14. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
15. UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
16. UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UteM)
17. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
18. UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)
19. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
20. UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
IPTS1. UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR)
2. UNIVERSITI TERBUKA WAWASAN (WOU)
3. ASIAN INSTITUTE OF MEDICINE, SCIENCE ADN TECHNOLOGY (AIMST)
4. UNIVERSITI PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI TUNKU ABDUL RAHMAN (TAR UMT)
5. KOLEJ UNIVERSITI KOMUNIKASI HAN CHIANG (KUKHC)
6. MANAGEMENT AND SCIENCE UNIVERSITY COLLEGE (MSU) PULAU PINANG
Politeknik Malaysia1. POLITEKNIK METrO KUALA LUMPUR (PMKL)
2. POLITEKNIK METrO KUANTAN (PMKU)
3. POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU (PMJB)
4. POLITEKNIK METrO BETONG (PMBS)
5. POLITEKNIK METrO TASEK GELUGOR (PMTG)
6. POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)
7. POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA)
8. POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN (PIS)
9. POLITEKNIK KOTA BHARU (PKB)
10. POLITEKNIK TUN SYED NASIR ISMAIL (PTSN)
11. POLITEKNIK BESUT (PBT)
12. POLITEKNIK BAGAN DATUK (PBD)
13. POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD)
14. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS)
15. POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (POLIMAS)
16. POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP)
17. POLITEKNIK MELAKA (PMK)
18. POLITEKNIK KUALA TERENGGANU (PKT)
19. POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN (PSMZA)
20. POLITEKNIK MERLIMAU (PMM)
21. POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH (PSAS)
22. POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH (PTSB)
23. POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS)
24. POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS)
25. POLITEKNIK MUADZAM SHAH (PMS)
26. POLITEKNIK BALIK PULAU (PBU)
27. POLITEKNIK JELI (PJK)
28. POLITEKNIK NILAI (PNS)
29. POLITEKNIK BANTING (PBS)
30. POLITEKNIK MERSING (PMJ)
31. POLITEKNIK HULU TERENGGANU (PHT)
32. POLITEKNIK TAWAU (PTS)
33. POLITEKNIK KOTA KINABALU (PKK)
34. POLITEKNIK SANDAKAN (PSS)
35. POLITEKNIK KUCHING SARAWAK(PKS)
36. POLITEKNIK MUKAH SARAWAK (PMU)
iBita

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat kelayakan permohonan iBita 2024 adalah seperti berikut:

  • Pemohon merupakan anak kelahiran Pulau Pinang ATAU Ibu / Bapa / Penjaga / Pemohon (salah seorang) mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang.
  • Pendapatan isi rumah (ibu / bapa / penjaga) tidak melebihi RM 8,000.00 – gaji pokok sahaja.
  • Pelajar yang ditawarkan ke Program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa sahaja yang layak memohon.
  • Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran ini sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian (sekali seumur hidup).

Cara Membuat Permohonan

Permohonan iBita 2024 kini dibuka bermula 1 Julai 2024 sehingga 31 Julai 2024 dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) pada sistem iBita melalui pautan berikut:

>>>Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi Sesi 2024<<<

iBita: Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi 2024 2

Dokumen Sokongan

Senarai dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui sistem iBita adalah seperti berikut:

  1. Borang Permohonan dan Senarai Semak Dokumen.
  2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA / IPTS / Politeknik. Tarikh Pendaftaran / Kemasukan Pelajar – (Pra Pendaftaran atau Orientasi tidak diambil kira).
  3. Salinan Resit Pembayaran Yuran Pendaftaran.
  4. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  5. Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga.
  6. Salinan Semakan Daftar Pemilih.
  7. Salinan Penyata Gaji Terkini / Kad Pesara Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga.
  8. Salinan Penyata Bank Pemohon.
  9. Penyata Pendapatan Pasangan perlu disertakan bagi Pemohon yang sudah berkahwin.
  10. Ibu DAN Bapa ATAU Penjaga yang tiada penyata gaji / pendapatan tetap WAJIB mengemukakan Akuan Bersumpah / Penyata Saraan Daripada Penggajian (Borang EA) / Borang Nyata Individu (Borang BE).
  11. Bagi pemohon yang berstatus anak yatim atau tinggal bersama Penjaga WAJIB mengemukakan Akuan Bersumpah / Sijil Kematian / Sijil Cerai / Sijil Anak Angkat.

Semua dokumen sokongan diatas hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas) / Penghulu sahaja.

Kegagalan menghantar dokumen sokongan sebelum tarikh tutup permohonan akan ditolak.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan iBita 2024 ini, sila rujuk portal rasmi iBita – Bantuan Pendaftaran Pelajar Ke Institut Pengajian Tinggi Negeri Pulau Pinang.

Selain itu, terdapat juga biasiswa dan bantuan pendidikan lain seperti 

yang kini sedang dibuka. Sila rujuk tarikh tutup permohonan terlebih dahulu pada artikel berkaitan sebelum membuat sebarang permohonan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More