Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Idea Perniagaan Kecil Modal Rendah

Perniagaan merupakan sumber rezeki kami. Di Malaysia, bidang perniagaan tidak asing lagi dalam kehidupan kami. Salah satu faktor yang banyak orang tahu tentang perniagaan kerana perniagaan memberikan pendapatan yang lumayan dan buat duit untuk kami dan ramai orang juga tahu semua perniagaan secara kecil-kecilan akan meluaskan pasaran menjadi secara besar-besaran.

Apakah perniagaan kecil yang berpotensi besar dan buat duit? Apakah bisnes yang senang buat duit untuk rezeki anda? Mari kami bincangkan seterusnya!

perniagaan

Isi Kandungan

Dropship

Secara ringkasnya, dropship adalah salah satu cara untuk anda memulakan bisnes dengan modal yang rendah. Dropship merupakan satu model dari cabang perniagaan internet yang boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet dengan menjadi agen dropship dan mempromosikan produk tersebut.

Ia adalah satu cara untuk membuat duit dan mendapatkan pendapatan yang cukup mudah dengan modal yang sangat minima.

Biasanya bagaimana dropship dijalankan? Anda perlu mengumpulkan semua order yang anda terima, pelanggan membuat pembayaran kepada anda berdasarkan harga jualan, selepas itu anda bayar untuk HQ harga agen, untung bersih itu anda simpan kerana itulah keuntungan anda, seterusnya HQ akan kirim barang kepada pelanggan anda.

Jadi anda tidak perlu menggunakan duit beli produk untuk menjual semula pun.

Kebanyakan produk sekarang mencari agen dropship untuk meningkatkan jualan produk mereka.

Biasanya, mereka akan menyediakan panduan pemasaran produk, informasi produk, dan sebagainya supaya anda tidak akan berlaku sebarang ketinggalan dan boleh menjalankan jualan dengan lebih efektif.

Jual kursus atas talian

Anda pandai masak? Atau pandai melukis atau sebagainya? Apa kemahiran yang anda pakar, anda boleh mengajar kemahiran anda kepada orang lain.

Jika anda tidak mahir dalam mengajar orang lain tentang kemahiran anda, anda boleh berkongsi pengalaman yang anda mempunyai supaya mereka dapat lebih memahami kemahiran tertentu.

Anda akan dijadikan sebagai pelatih kursus atau kelas dalam bentuk video dan menjual kursus anda secara online.

Anda boleh menjual kursus anda dalam laman web seperti Udemy, Teachable, Thinkific dan sebagainya.

Contohnya seperti MasterClass, biasanya mereka akan menjual kursus yang diajar oleh pakar seperti kelas masak yang diajar oleh Chef Gordan Ramsay, kelas berlakon yang diajar oleh pelakon terkenal Samuel Jackson , kelas bola keranjang yang diajar oleh atlet NBA , Stephen Curry, dan sebagainya.

Anda tidak perlu menjadi pakar yang paling terbaik dalam industri anda, cukup sekadar anda ada kemahiran yang boleh diajarkan kepada orang lain.

Perniagaan jual barang lama

Sekiranya kami sudah membeli barang-barang untuk keperluan sendiri, kami mesti akan menjual barang kalau barang sudah lama digunakan. Perniagaan ini lebih kepada trading dan melibatkan kewangan dalam perniagaan ini.

Biasanya, anda boleh membaik pulih barang lama untuk jual semula barang tersebut kepada pelanggan baru. Antara barang lama menarik untuk dijual adalah seperti perabot rumah dan sebagainya.

Ramai yang lebih suka berjimat dan rujuk kepada barang lama dalam keadaan yang masih cantik dan boleh digunakan terutamanya kepada orang bujang atau keluarga yang susah.

Biasanya, anda boleh menggunakan beberapa platform untuk menjual barang lama anda seperti Mudah, Carousell, Facebook Marketplace dan sebagainya, itu semuanya platform yang jual dan beli barang secara atas talian dan mempunyai banyak pengguna yang aktif dalam platform tersebut.

Anda boleh menggunakan platform tersebut untuk menjanakan pendapatan yang lumayan malah ia semua platform adalah percuma.

Memulakan blog

Sekiranya anda suka menulis artikel, anda boleh mulakan blog sendiri. Bagaimana mendapatkan keuntungan melalui blog anda?

Anda boleh membantu bisnes syarikat yang besar untuk menulis artikel dan mereka akan membayar untuk anda sekiranya artikel anda dituliskan dengan bagus serta dapat respons yang baik.

Selepas blog anda mula mempunyai pengunjung yang tertentu, anda boleh menulis artikel yang berkaitan dengan topik lain seperti masakan, fesyen, kereta dan sebagainya supaya dapat meluaskan ketegori pembaca blog anda.

Sekiranya blog anda mempunyai pengikut atau penyokong yang memberi sokongan yang besar untuk blog anda, anda boleh mula menawarkan kelas masak, e-book resipi masakan, kraf tangan hasil dan sebagainya untuk menambahkan pendapatan anda.

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Idea Perniagaan Kecil Modal Rendah ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih.

Artikel lain: 6 Tempat Simpan Duit Di Rumah Yang Hebat

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More