Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Iltizam Anak Selangor RM100 Setiap Tahun

Iltizam Anak Selangor diteruskan lagi pada tahun 2023 ini. Ia sebagai salah satu inisiatif dari kerajaan Negeri Selangor untuk bayi yang berdaftar di Selangor.

Isi Kandungan

Apa Itu Iltizam Anak Selangor

Program Iltizam Anak Selangor merupakan skim baharu di bawah jenama Iltizam Selangor Penyayang. Ia menyasarkan 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022.

Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut bermula tahun 2022.

Wang tabungan di akaun Simpan SSPN Prime yang diberikan oleh kerajaan negeri hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan keatas

Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.

iltizam anak selangor

Syarat-Syarat

Kriteria anak:

  • Terbuka untuk anak kelahiran bermula tahun 2022;
  • Warganegara Malaysia DAN
  • Lahir di Negeri Selangor (Kod Kelahiran Negeri Selangor di dalam Mykid/Sjil Lahir); DAN
  • Sedang menetap di Negeri Selangor

Kriteria ibu/bapa/penjaga:

  • Warganegara Malaysia; DAN
  • Berumur 18 tahun ke atas; DAN
  • Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
  • Pengundi berdaftar di Negeri Selangor

**Tertakluk pada kuota permohonan yang menepati syarat yang telah ditetapkan sehingga 30,000 orang sahaja.

iltizam anak selangor

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Salinan sijil lahir anak
  2. Salinan IC Ibu/ bapa/ penjaga yang sah yang layak menjadi pendeposit akaun SSPN Prime anak
  3. Salinan daftar pengundi sah dari sistem MYSPR
  4. Salinan Surat Akuan Berkanun / Sijil Anak Angkat
  5. Salinan akuan sumpah (hubungan selain ibubapa kandung/angkat)

Peringatan:

  • Dokumen sokongan yang diperlukan perlu dimuatnaik secara atas talian di ruangan yang disediakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online dibuat.
  •  Jika pemohon gagal untuk menghantar dokumen dalam tempoh tersebut, maka permohonan akan DIGAGALKAN dengan serta-merta.

dokumen iltizam anak selangor

Cara Memohon

  • Permohonan boleh dibuat menerusi atas talian di link: https://anas.yawas.my/online/permohonan.php
  • Permohonan bermula 1 Ogos 2022.
  • Tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor.
  • Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila mencapai jumlah permohonan tersebut.
iltizam anak selangor

Penutup

Jika ingin buat permohonan, boleh terus ke laman rasmi Anak Yawas dan boleh juga rujuk maklumat berkaitan di situ.

Atau boleh hubungi di talian speerti berikut untuk sebarang pertanyaan:

  • Alamat: Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam, Selangor.
  • No Telefon: +03 5481 8800

Selain Selangor, Perak juga ada menyediakan bantuan untuk anak Perak berupa wang nilai RM200. Nak mohon, boleh tekan link ini ini ya. Bantuan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More