Sumber Rujukan Globalisasi Anda

INFO PKPB : 60 peratus Penjawat Awam Putrajaya Berkerja, Ketua Jabatan Gagal Kawal

INFO PKPB semalam 4 Mei 2020, bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).  Pejabat-pejabat kerajaan dan syarikat-syarikat yang dibenarkan telah mula beroperasi.

Seperti yang dinyatakan dalam Sinar Harian Online semalam, hasil pemerhatian dari pihak Cuepacs, mereka mendapati lebih 60 peratus penjawat awam telah hadir bertugas.

Isi Kandungan

INFO PKPB – 60 peratus Penjawat Awam Putrajaya Berkerja, Ketua Jabatan Gagal Kawal

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) melahirkan rasa terkejut apabila mendapati kehadiran penjawat awam ke pejabat-pejabat kerajaan sekitar Putrajaya melebihi 60 peratus dalam satu tinjauan hari ini.

Presidennya, Adnan Mat berkata, keadaan itu menunjukkan ketua perkhidmatan dan ketua jabatan gagal mengawal pergerakan minimum penjawat awam.

Jelas beliau, pada ketika wabak Covid-19 masih belum pulih sepenuhnya langkah terbaik adalah duduk di rumah dan bekerja dari rumah.

INFO PKPB
INFO PKPB

“Hal ini amat membimbangkan Cuepacs. Sepatutnya Ketua Jabatan hendaklah mengambil langkah awal dengan membuat pengiraan keperluan minimum keberadaan penjawat awam di pejabat.

“Walau bagaimanapun, Cuepacs difahamkan kehadiran yang ramai pada hari ini adalah untuk menyelesaikan ‘back lock’ kerja-kerja yang tertangguh disebabkan PKP diperkenalkan pada 18 Mac 2020 yang lalu.

“Cuepacs berharap agar Ketua Jabatan hendaklah membuat penyusunan semula supaya penjawat awam boleh bekerja dari rumah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Adnan berkata, mereka yang berkait rapat dengan pengumuman Perdana Menteri bagi memulihkan sektor ekonomi dan membantu rakyat sahaja perlu bekerja.

“Cuepacs juga menyarankan mereka-mereka yang ditugaskan di pejabat hendaklah terdiri dari individu-individu yang benar-benar sihat.

“Penjawat awam kumpulan pelaksana yang didapati ada penyakit kencing manis, darah tinggi dan mereka yang melebihi usia 50 tahun ke atas seharusnya bekerja dari rumah,” ujar beliau.

Pada masa yang sama, katanya, ketua jabatan hendaklah menyenaraikan nama-nama kakitangan yang perlu hadir ke pejabat dan bukannya meletakkan secara pukal mengikut bahagian ataupun unit tersebut.

Apa kata beliau?

INFO PKPB : 60 peratus Penjawat Awam Putrajaya Berkerja, Ketua Jabatan Gagal Kawal 1
INFO PKPB

“Ini bertujuan supaya mereka-mereka yang telah dikenalpasti dan dinamakan sahaja hadir ke pejabat,” jelas beliau.

Justeru itu, Cuepacs memohon kepada Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) selaku agensi penggerak dan peneraju pemodenan pentadbiran serta pengurusan bagi perkhidmatan awam hendaklah bergerak aktif untuk melaksanakan garis panduan yang minimum yang perlu dilakukan oleh penjawat awam apabila bekerja dari rumah.

“Apakah kaedah kawalan dan kerahsiaan. Apa yang dibenarkan dan apa yang tidak dibenarkan dan keperluan kepada ‘result base’ sahaja,” soal beliau.

Sehingga kini, Cuepacs kesal kerana tiada garis panduan yang dikeluarkan oleh MAMPU untuk penjawat awam bekerja dari rumah setelah 49 hari PKP ini dilaksanakan.

“Ini sepatutnya tidak berlaku sebagai sebuah agensi pemodenan sektor perkhidmatan awam. Mereka perlulah menyahut seruan kerajaan apabila bekerja dari rumah ini dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Cuepacs juga menyeru kepada rakyat supaya kekal patuh dan terus berdisiplin bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Tanggungjawab menjaga diri dan keluarga adalah daripada disiplin kita dan kita mesti melakukan kawalan kendiri demi keselamatan kita.

“Peluang yang diberi oleh kerajaan adalah utk rakyat kembali pulih dari segi ekonomi. Justeru itu, rakyat hendaklah membalas keyakinan kerajaan dengan kekal berdisiplin,” jelasnya.

kredit : Sinar Harian Online

Adalah Info PKBB bermanfaat dan wajar dilaksanakan?

Kesimpulannya, walaupun PKPB ini sedikit longgar dari PKP tetapi ia masih lagi bersyarat dan semua seharusnya masih lagi patuh dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit  Berjangkit 1988.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More