Info Terkini Covid 19 Di Malaysia | Kes Positif Di Selangor Menurun

Info Terkini Covid 19 Di Malaysia pada hari ini 15 Mac 2021 sehingga jam petang ini adalah:
Status Terkini #COVID19
- Kes sembuh=1,973
- Jumlah kes sembuh=308,247
- Kes baharu positif=1,208 (1,199 tempatan, 9 import)
- Jumlah positif=324,971
- Kes kematian=3
- Jumlah kes kematian=1,213
- Kes dirawat di ICU=155
- Bantuan Alat Pernafasan=70


Isi Kandungan
Peringatan Kepada Orang Ramai
Orang ramai diminta untuk sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan diri dan keluarga daripada dijangkiti.
- Sila ambil tindakan-tindakan berikut untuk menghentikan penularan tempatan:
- Teruslah berada di rumah dan jangan keluar tanpa urusan penting.
- Elakkan merentas sempadan daerah.
- Elakkan ziarah menziarahi walaupun sesama ahli keluarga.
- Elakkan aktiviti berkumpulan.
- Patuhi SOP walau di mana sahaja anda berada.
- Setiasa memakai pelitup muka dengan betul apabila berhadapan dengan orang ramai.
- Keraplah mencuci tangan. Sila bawa hand sanitizer bersama ke mana sahaja.
Pengurusan kontak rapat di rumah
- Anda perlu kuarantin 10 hari
- Pantau kesihatan setiap hari
- PKD akan hubungi untuk penilaian kesihatan
- Anda akan diutamakan untuk swab test jika bergejala.
Artikel Berkaitan: Mengapa Harga Emas Jatuh Selepas Vaksin Covid Ditemui?