Info Terkini Covid 19 Di Malaysia
Info terkini covid 19 ini dibuat setiap hari adalah untuk memaklumkan laporan terkini status jangkitan virus covid 19 di Malaysia.
Sebelum kita pergi lebih lanjut berkaitan info terkini covid 19, mari sama-sama kita kenal apa itu Coronavirus atau lebih dikenali virus Covid-19
Isi Kandungan
Apa Itu Covid-19
Coronavirus (COVID-19) adalah penyakit berjangkit yang berpunca daripada virus corona yang baru ditemui. Kes pertama yang dilaporkan adalah pada Disember 2019 di Wuhan, China.
COVID-19 menyerang manusia dalam cara yang berbeza. Simptom-simptom virus ini adalah seperti demam, batuk kering dan keletihan. Bagi warga emas, kanak-kanak dan pengidap penyakit kritikal seperti masalah jantung, diabetes, masalah pernafasan yang kronik, dan kanser adalah berisiko tinggi untuk terkena jangkitan. Simptom serius adalah seperti sukar bernafas atau nafas pendek, sakit dada atau terasa tertekan di bahagian dada dan pergerakan yang terhad.
COVID-19 berjangkit melalui tranmisi zarah pernafasan manusia dan sentuhan. Apabila berada dalam jarak yang dekat dengan pesakit yang mempunyai simptom, transmisi zarah akan mudah berlaku apabila mulut dan hidung mereka terdedah. Transmisi zarah juga akan mudah berlaku dikawasan sekeliling pesakit.
Terdapat beberapa cara pencegahan yang digariskan oleh World Health Organization (WHO) untuk melambatkan transmisi COVID-19,
- Basuh tangan menggunakan sabun dengan kerap atau gunakan hand sanitizer dengan alchohol.
- Kekalkan jarak sekurang-kurangnya 1 meter daripada orang yang dijangkiti batuk atau selsema.
- Kurangkan meletakkan tangan dikawasan muka.
- Tutup mulut dan hidung apabila batuk atau bersin.
- Duduk dirumah jika berasa tidak sihat.
- Kurangkan merokok atau aktiviti lain yang melemahkan jantung.
- Amalkan penjarakkan bagi mengelakkan berada dalam kumpulan orang yang ramai atau sesak.
Sentiasa amalkan kebersihan diri dan segera berjumpa doktor jika berasa kurang sihat atau mengalami simptom – simptom jangkitan.
Info Terkini Covid 19 bertarikh 18 Februari 2021
Info Terkini Covid 19 Di Malaysia pada hari ini 18 Februari 2021 sehingga jam 5 petang adalah:
Status Terkini #COVID19 , 18 Februari 2021
Kes sembuh=5,320
Jumlah kes sembuh=235,082 kes
Kes baharu positif=2,712 kes (2,708 tempatan, 4 import)
Jumlah positif=274,875
Kes kematian=25
Jumlah kes kematian=1,030 kes
Kes dirawat di ICU=227 kes
Bantuan Alat Pernafasan=103
Peringatan Kepada Orang Ramai
Orang ramai diminta untuk sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan diri dan keluarga daripada dijangkiti.
- Sila ambil tindakan-tindakan berikut untuk menghentikan penularan tempatan:
- Teruslah berada di rumah dan jangan keluar tanpa urusan penting.
- Elakkan merentas sempadan daerah.
- Elakkan ziarah menziarahi walaupun sesama ahli keluarga.
- Elakkan aktiviti berkumpulan.
- Patuhi SOP walau di mana sahaja anda berada.
- Setiasa memakai pelitup muka dengan betul apabila berhadapan dengan orang ramai.
- Keraplah mencuci tangan. Sila bawa hand sanitizer bersama ke mana sahaja.
Pengurusan kontak rapat di rumah
- Anda perlu kuarantin 10 hari
- Pantau kesihatan setiap hari
- PKD akan hubungi untuk penilaian kesihatan
- Anda akan diutamakan untuk swab test jika bergejala.
Artikel Berkaitan: Mengapa Harga Emas Jatuh Selepas Vaksin Covid Ditemui?