Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Info Terkini Covid 19 Di Malaysia | 25 Februari 2021

Info Terkini Covid 19 Di Malaysia pada hari ini 25 Februari 2021 sehingga jam 5 petang adalah:

Status Terkini #COVID-19   25 Februari 2021 

Kes sembuh=3,752

Jumlah kes sembuh=263,761 kes 

Kes baharu positif=1,924 kes (1,918 tempatan, 6 import) 

Jumlah positif=293,698

Kes kematian=12

Jumlah kes kematian=1,100 kes 

Kes dirawat di ICU=205 kes 

Bantuan Alat Pernafasan=91

Info Terkini Covid 19 Di Malaysia | 25 Februari 2021 1
Info Terkini Covid 19 Di Malaysia | 25 Februari 2021 2

Isi Kandungan

DOA HINDARI WABAK COVID-19.

Jom sama-sama kita baca dan jadikan amalan doa harian kita.

info terkini covid19
Sumber : http://www.mpaj.gov.my/

Info Terkini Covid-19 sangat tinggi, sila ambil Peringatan Kepada semua

Orang ramai diminta untuk sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan diri dan keluarga daripada dijangkiti.

  1. Sila ambil tindakan-tindakan berikut untuk menghentikan penularan tempatan:
  2. Teruslah berada di rumah dan jangan keluar tanpa urusan penting.
  3. Elakkan merentas sempadan daerah.
  4. Elakkan ziarah menziarahi walaupun sesama ahli keluarga.
  5. Elakkan aktiviti berkumpulan.
  6. Patuhi SOP walau di mana sahaja anda berada.
  7. Setiasa memakai pelitup muka dengan betul apabila berhadapan dengan orang ramai.
  8. Keraplah mencuci tangan. Sila bawa hand sanitizer bersama ke mana sahaja.
info terkini covid 19

Pengurusan kontak rapat di rumah

  1. Anda perlu kuarantin 10 hari
  2. Pantau kesihatan setiap hari
  3. PKD akan hubungi untuk penilaian kesihatan
  4. Anda akan diutamakan untuk swab test jika bergejala.

Langkah-langkah pencegahan jangkitan menurut info terkini covid 19

Pengembara ke negara yang mempunyai kes COVID-19 dan selepas pulang ke Malaysia adalah diingatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah beriku

  • Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer
  • Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan
  • Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan
  • Elakkan daripada melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan
  • Elakkan daripada memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan

KESIHATAN MENTAL DAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL KETIKA PANDEMIK COVID-19

Pandemik COVID-19 memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia. Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketiba berada di dalam keadaan stress yang melampau dan isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai. Sekiranya kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ianya boleh meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri.

Sumber daripada Polis Diraja Malaysia mendapati, terdapat peningkatan dalam kes bunuh diri yang dilaporkan pada tahun 2020 iaitu sebanyak 631 kes berbanding 609 kes pada tahun 2019. Sehingga Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia.

Masyarakat dipohon untuk lebih cakna dan prihatin kepada ahli keluarga dan orang sekeliling dalam mengenal pasti simptom-simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri seperti;

a) Perubahan tingkah laku kepada individu:

  • Sentiasa kelihatan sedih dan murung;
  • Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan;
  • Kesukaran untuk menumpukan perhatian dan melakukan tugas harian yang biasa;
  • Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan;
  • Mengalami gangguan tidur dan selera makan;
  • Bertindak agresif dan kasar (abusive) kepada diri sendiri dan orang sekeliling; dan
  • Menyalahguna alkohol dan dadah.

b) Menyatakan perasaan hilang harapan atau bosan untuk hidup dan kehadirannya membebankan ahli keluarga.
c) Menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat hidup secara verbal atau penulisan.

Sekiranya terdapat gejala-gejala yang disenaraikan di atas, individu dinasihatkan agar mendapatkan nasihat perubatan profesional dalam kadar yang segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk. Selain daripada itu, orang ramai boleh membantu dengan berkomunisasi secara berkesan dengan individu yang mengalami kemurungan, antaranya seperti:

a) Mengambil serius tentang masalah yang dialami;
b) Meluangkan masa untuk mendengar luahan mereka;
c) Tidak mengambil mudah atau memperlekehkan masalah mereka;
d) Menunjukkan empati dan mengelakkan sikap menghakimi individu tersebut;
e) Memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat yang terkini bagi mengekalkan perhubungan dengan individu tersebut;
f) Memberikan sokongan sosial kepada mereka seperti membantu dalam urusan seharian jika diperlukan; dan
g) Galakkan dan bantu mereka untuk dapatkan penilaian dan rawatan profesional.

Senarai nombor dalam talian sebagai rujukan

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian bantuan sokongan yang diwujudkan seperti;

1. MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

3. Talian Kasih 15999 / WHATSAPP Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

4. KSK-Care JAKIM di WHATSAPP 0111-9598214

5. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Artikel Berkaitan: Mengapa Harga Emas Jatuh Selepas Vaksin Covid Ditemui?

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More