Official Info Terkini Covid 19 ! Kes Harian Tertinggi Direkodkan 5,728 Kes
Info Terkini Covid 19 Di Malaysia
pada hari ini 30 Januari 2021 sehingga jam 5 petang adalah:
Status Terkini #COVID19
- Jumlah kes baharu COVID-19: 5,728 kes
- Jumlah kumulatif kes sembuh: 161,527 kes (77.04 %)
- Jumlah kumulatif: 209,661 kes
- Jumlah kes aktif: 47,388 kes
- Kes tempatan: 5,723 kes
- Kes import: 5 kes (2 WN, 3 BWN)
- Jumlah kematian baru: 13 kes (12 WN, 1 BWN)
- Jumlah kumulatif kematian: 746 kes (0.36 %)
- Jumlah kes di ICU: 319 kes
- Pesakit COVID-19 Intubated: 120 kes
Isi Kandungan
Peringatan Kepada Orang Ramai
Orang ramai diminta untuk sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan diri dan keluarga daripada dijangkiti.
- Sila ambil tindakan-tindakan berikut untuk menghentikan penularan tempatan:
- Teruslah berada di rumah dan jangan keluar tanpa urusan penting.
- Elakkan merentas sempadan daerah.
- Elakkan ziarah menziarahi walaupun sesama ahli keluarga.
- Elakkan aktiviti berkumpulan.
- Patuhi SOP walau di mana sahaja anda berada.
- Setiasa memakai pelitup muka dengan betul apabila berhadapan dengan orang ramai.
- Keraplah mencuci tangan. Sila bawa hand sanitizer bersama ke mana sahaja.
Pengurusan kontak rapat di rumah
- Anda perlu kuarantin 10 hari
- Pantau kesihatan setiap hari
- PKD akan hubungi untuk penilaian kesihatan
- Anda akan diutamakan untuk swab test jika bergejala.
Artikel Berkaitan: Mengapa Harga Emas Jatuh Selepas Vaksin Covid Ditemui?