Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Insentif Aidilfitri Kita Selangor 2025 Sempena Hari Raya Aidilfitri

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai pemberian Insentif Aidilfitri Kita Selangor 2025 yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri untuk rakyat Selangor.

Isi Kandungan [show]

Insentif Aidilfitri Kita Selangor 2025 & Insentif Rekod Hasil Negeri

Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk memberikan Insentif Aidilfitri Kita Selangor 2025 berjumlah 1 bulan gaji minima RM1,000 dan ditambah Insentif Rekod Hasil Negeri berjumlah setengah bulan gaji minima RM500.

Insentif Aidilfitri Kita Selangor 2025 Sempena Hari Raya Aidilfitri 1

Manakala bagi kumpulan kedua melibatkan Pemimpin Masyarakat (MPKK), Pegawai Perhubungan Baru, Bagan, Ketua Komuniti India, Penyelia Wanita, Penggerak Belia Selangor (PeBS) akan menerima Insentif Rekod Hasil Negeri sebanyak 1/2 bulan elaun (setengah bulan elaun) atau minimum RM500.

Insentif ini telah dibayar dan disalurkan bermula 25 Mac 2025.

Seterusnya, untuk Penjawat Awam Persekutuan yang bergaji pokok RM3,000 dan ke bawah akan menerima RM250 yang akan disalurkan bermula 15 April 2025.

Bantuan ini meliputi Anggota Polis, Tentera, Guru, Jururawat dan lain-lain.

Tanda penghargaan atas pencapaian kutipan hasil yang luar biasa tahun lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju Bantuan Khas Kewangan berjumlah setengah bulan gaji (minima RM500).

Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor berkata, bantuan ini adalah tambahan daripada Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang diumumkan pada Belanjawan Selangor 2025 pada November tahun lalu.

“BKK sebulan gaji akan dapat pada 25 Mac ini dan yang tambahan akan dapat 15 April depan. Jadi, sebelum raya dapat sebulan gaji dan selepas raya dapat setengah bulan lagi.”

Amirudin Shari

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mahabbah Ramadan Madani Menteri Besar Selangor bersama Penjawat Awam Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, baru-baru ini.

Amirudin Shari berkata, kutipan hasil negeri amat memberangsangkan dengan RM691 juta direkodkan sehingga hari ini.

“Ia menunjukkan Kerajaan Negeri berada dalam landasan kukuh dari segi pencapaian ekonomi. Insentif Khas Raya RM250 juga diberikan kepada 50,000 Penjawat Awam Persekutuan dengan gaji RM3,000 ke bawah. Insentif ini akan dipanjangkan kepada Pemimpin Masyarakat, Pegawai Perhubungan Kampung, Ketua Komuniti India, Penyelia Wanita Berdaya, dan Penggerak Belia Selangor sebanyak setengah bulan elaun ataupun minimum RM500. Petugas Masjid antaranya Nazir, Imam, Siak dan Bilal pula akan menerima RM500 yang akan disumbangkan melalui Menteri Besar (Pemerbadanan) MBI.” 

Amirudin Shari

Beliau berkata, pemberian BKK tambahan itu membabitkan implikasi kewangan RM38.75 juta.

Semoga Insentif Aidilfitri Kita Selangor 2025 ini dapat membantu menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi mereka yang telah menabur budi dan khidmat kepada rakyat Selangor.

Insentif Aidilfitri Kita Selangor 2025 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Insentif Aidilfitri Kita Selangor 2025 ini, anda boleh rujuk media sosial rasmi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor atau media sosial rasmi Amirudin Shari dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More