Diskaun & Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN 2023/2024
Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN adalah bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.
Untuk makluman, PTPTN merupakan salah satu pembiayaan pelajaran yang lazimnya dimohon oleh kebanyakan pelajar bagi melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS di dalam negara.
PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan mula beroperasi pada 1 November 1997 yang mana antara fungsi utamanya adalah menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi.
Pinjaman ini membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
Isi Kandungan
Belanjawan 2024: Diskaun Dan Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN
Pembentangan Belanjawan 2024 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Malaysia pada 13 Oktober 2024 memberikan pelbagai inisiatif kepada masyarakat Malaysia termasuk peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Kerajaan telah mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjam PTPTN dan bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik untuk peminjam PTPTN melalui Belanjawan 2024.
Tujuan utama inisiatif dan bantuan ini diberikan adalah bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan terutamanya kepada mereka yang memperoleh pendapatan yang rendah.
Ini juga dapat memberi peluang atau tempoh kepada mereka untuk mendapat pekerjaan yang lebih tinggi.
Pemberian insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN melalui pembentangan Belanjawan 2024 adalah seperti berikut:
- Diskaun 10% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.
- Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
- Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
PTPTN amat komited melaksanakan hasrat kerajaan melalui Belanjawan 2024. Rebutlah peluang ini dengan melaksanakan bayaran balik pinjaman anda untuk kesinambungan pembiayaan kepada generasi akan datang.
Tempoh Diskaun PTPTN 2023 / 2024
- Tempoh diskaun atau Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN ini bermula pada 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN ini, peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut:
- Careline PTPTN di 03 – 2193 3000 (Beroperasi Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang)
- Live Chat
- e-Aduan
- Eksekutif Pemasaran PTPTN
- Facebook Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Ikuti Telegram Rasmi PTPTN untuk mendapatkan informasi terkini
Diharapkan info terkini tentang Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya untuk semua peminjam PTPTN.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.