Insentif Kerjaya Madani 2023
Insentif Kerjaya Madani 2023 adalah merupakan kesinambungan kepada inisiatif di bawah Belanjawan 2023 yang menumpukan usaha meningkatkan peluang serta penempatan pekerjaan kepada pelbagai kumpulan sasar.
Insentif ini akan dapat mewujudkan ekonomi yang lebih berdaya tahan dan inklusif, di mana semua rakyat Malaysia mempunyai akses kepada peluang pekerjaan dan perlindungan sosial.
Penyediaan insentif ini adalah melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan membabitkan peruntukan lebih kurang RM 313 juta.
Isi Kandungan
Insentif Kerjaya Madani 2023
Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah melancarkan satu program yang dikenali sebagai Insentif Kerjaya Madani 2023 sebagai langkah memperkukuh 10 inisiatif perlindungan keselamatan sosial dan pemerkasaan pasaran buruh tempatan.
Elemen Insentif Kerjaya Madani merangkumi:
- Program Daya Kerjaya
- Program Daya Kerjaya TVET – Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)
- Program Bina Kerjaya
Program Daya Kerjaya
Program Daya Kerjaya ialah bantuan kepada majikan yang membuat pengambilan pekerja baharu daripada golongan mudah terjejas mulai 1 Januari 2023.
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah:
- Individu menganggur tegar/Belia yang menganggur secara berpanjangan.
- Wanita/Ibu Tunggal atau suri rumah yang tidak aktif bekerja.
- Tempoh menganggur sebelum pengambilan sekurang-kurangnya 2 bulan.
Kadar dan tempoh insentif yang ditawarkan adalah:
- RM600 kepada majikan bagi setiap pekerja.
- Maksima 3 bulan kepada majikan.
Program Daya Kerjaya TVET
Program Daya Kerjaya TVET ialah program Transisi Pekerjaan untuk Perantisan TVET & Lepasan Sekolah merupakan satu insentif latihan yang merupakan Program Latihan Peningkatan Kemahiran (Upskilling) menerusi tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000.
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Graduan institusi awam dan swasta yang diiktiraf oleh agensi seperti Malaysia Qualification Agency (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atau setaraf.
- Taraf pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia dan ke bawah.
- Berumur 16 sehingga 40 tahun.
- Tempoh menganggur sebelum pengambilan sekurang-kurangnya 2 bulan.
Kadar dan tempoh insentif yang ditawarkan adalah:
- Yuran Latihan Kompetensi dan RPEL – sehingga RM2,500
- Yuran Latihan Profesional dan Microcredential – sehingga RM4,000
Program Bina Kerjaya
Program Bina Kerjaya diwujudkan untuk meningkatkan potensi individu bekerja di bawah Sektor Tidak Formal memperoleh pekerjaan formal melalui pengajian RP pengiktirafan pencapaian terdahulu (RPEL), microcredential atau pensijilan profesional atau kompetensi yang diiktiraf IPTA/IPTS/JPK/MQA/badan ikhtisas/pusat bertauliah yang diiktiraf oleh badan peneraju industri seperti ACCA, BOE, dan MIA.
Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Pekerja gig, bekerja sendiri, petani, nelayan, atau seumpamanya serta peniaga sambilan kecil-kecilan di pasar malam atau sebagainya.
- Berumur 16 tahun hingga 40 tahun.
Kadar dan tempoh insentif yang ditawarkan adalah:
- Kadar bayaran latihan sehingga RM4,000.
- Elaun sebanyak RM300 sebulan untuk 3 bulan.
Tarikh Permohonan Insentif Kerjaya Madani 2023
- Permohonan Insentif Kerjaya Madani 2023 dibuka mulai 1 Mei 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Cara Memohon Insentif Kerjaya Madani 2023
Sekiranya anda berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang disenaraikan, anda boleh membuat permohonan melalui Portal Rasmi Kerjaya Madani dan terdapat 4 kategori pemohon yang boleh dipilih mengikut kesesuaian pemohon.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai Insentif Kerjaya Madani 2023 ini, anda boleh layari laman web PERKESO dan semoga perkongsian tentang Insentif Kerjaya Madani 2023 ini dapat membantu anda yang memerlukan.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.