Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Insentif menanti anak Johor yang layak ke Olimpik

Insentif Untuk Rakyat Johor Yang Layak di Sukan Olimpik Tokyo

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor bercadang untuk memberikan insentif untuk rakyat negeri itu yang layak dan memenangi pingat di Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perbincangan mengenai perkara itu akan dibuat dengan Majlis Sukan Negeri (MSN) Johor dalam masa terdekat.

Menurutnya, pemberian insentif itu sebagai penghargaan selain suntikan semangat kepada atlet yang terlibat untuk beraksi dengan cemerlang pada temasya sukan berprestij itu.

“Di peringkat negeri Johor, Insya-ALLAH kita akan bincang tentang insentif ini dengan MSN Johor.

“Ikut perancangannya, untuk setiap atlet yang berjaya melayakkan diri, akan ada insentif sebanyak RM5,000 manakala bagi mereka yang mendapat pingat emas, insya-ALLAH kita akan menghadiahkan sebanyak RM15,000.

“Untuk pingat perak pula, kita akan berikan RM10,000 dan RM8,000 untuk pingat gangsa,” katanya ketika ditemui selepas Flag Off Program Road To Tokyo di lobi Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini pada Ahad.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Setakat ini, tiga atlet kelahiran Johor sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom (basikal), Nuraisyah Jamil (pelayaran) dan Chew Wei Lun (boccia).

insentif

Sementara itu, Onn Hafiz berkata, pihaknya terharu kerana Johor menjadi negeri pertama dalam program Jelajah Sokongan Kontinjen Road To Tokyo 2020.

Jelasnya, ia satu pengiktirafan untuk negeri itu dan mengharapkan atlet-atlet negara yang akan beraksi kelak dapat memberikan persembahan terbaik seterusnya mengharumkan nama negara dalam kejohanan berprestij dunia tersebut.

Sumber Sinar Harian

Artikel Penuh : Penjawat Awam dan Pesara Melaka Tidak Menerima Duit Raya

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More