Rumusan Ringkas Intipati Belanjawan 2025
Belanjawan 2025 telah dibentangkan pada 18 Oktober 2024 baru-baru ini. Oleh itu, berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai intipati Belanjawan 2025 yang telah diperincikan.
Isi Kandungan
Intipati Belanjawan 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat bertemakan “Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera.”
Belanjawan 2025 telah dibentangkan dan menekankan tiga tumpuan utama iaitu
- Membugar Ekonomi.
- Menjana Perubahan.
- Mensejahtera Rakyat.
Berikut dikongsikan sedikit butiran dan intipati pembentangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025 tersebut.
- Ekonomi negara dijangka berkembang kukuh antara 4.5% dan 5.5%, didokong langkah dan strategi Belanjawan MADANI Ketiga 2025.
- Unjuran kadar defisit 3.8% pada 2025 berbanding anggaran 4.3% pada tahun 2024.
- Cukai jualan tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas yang digunakan rakyat.
- Kutipan hasil diunjur semula lebih tinggi kepada RM322 billion pada 2024 berbanding RM308 billion.
- Jumlah hutang baharu akan kian menurun, diunjur berjumlah RM80 bilion pada 2025 berbanding RM85 bilion pada 2024.
- Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan lebih progresif, iaitu tidak akan membebankan rakyat.
- Kerajaan menjangkakan kutipan hasil bagi 2025 terus meningkat kepada RM340 bilion.
Rumusan Inisiatif Bantuan Rakyat dan Kos Sara Hidup
Sila rujuk infografik keseluruhan rumusan ringkas intipati Belanjawan 2025 bagi kategori Inisiatif Bantuan Rakyat dan Kos Sara Hidup seperti berikut:
Rumusan Mengenai Pelaksanaan PLKN 3.0
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dimulakan secara rintis dengan konsep baharu bagi lepasan kadet sekolah dengan kerjasama Akademi Kenegaraan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi beruniform lain.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut dan melihat senarai penuh intipati Belanjawan 2025, sila rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi Belanjawan 2025 Kementerian Kewangan
- Teks Rasmi Ucapan Belanjawan Oleh Perdana Menteri, 18 Oktober 2024
Diharapkan senarai penuh intipati ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana terutamanya untuk semua rakyat Malaysia.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.