Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Israk Mikraj 2025, Tarikh Cuti Umum Bagi 4 Negeri Di Malaysia

Berikut dikongsikan mengenai Hari Israk Mikraj 2025 yang akan berlaku tidak lama lagi. Empat negeri yang akan bercuti pada hari tersebut adalah seperti dibawah.

Isi Kandungan

Peristiwa Israk Dan Mikraj

Secara ringkasnya, hari Israk Mikraj adalah hari untuk memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu pada 27 Rejab.

Peristiwa ini adalah peristiwa paling agung dalam sejarah Islam yang digelar sebagai peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”

Surah Al-Israa’: 1

Selain Israk & Mikraj berlaku dalam bulan Rejab, terdapat lagi peristiwa-peristiwa penting yang terdapat di dalam bulan Rejab antaranya adalah:

  1. Kelahiran Imam Syafie R.A pada 767 Masihi.
  2. Hijrah Pertama ke Habsyah pada 615 Masihi.
  3. Israk & Mikraj pada 662 Masihi.
  4. Perang Tabuk pada 9 Hijrah.
  5. Pembebasan Baitul Maqdis kali ke-2 pada 583 Hijrah.
  6. Runtuhnya Khilafah Uthmaniah pada 1342 Hijrah.
Hari Israk Mikraj 2025, Tarikh Cuti Umum Bagi 4 Negeri Di Malaysia 1

Tarikh Israk Mikraj 2025

Tarikh sambutan Israk Mikraj 2025 adalah pada 27 Januari 2025 (Isnin), iaitu bersamaan dengan 27 Rejab 1446H.

Perkara ini telah dinyatakan dalam Takwim 2025 Miladiah / 1446-1447 Hijriah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berdasarkan Panel Pakar Falak.

Menurut Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, berikut merupakan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi perayaan atau hari kebesaran Islam untuk tahun 2025.

Cuti Umum Negeri Sempena Hari Israk Mikraj

Hari Israk Mikraj termasuk dalam Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri iaitu hanya sesetengah negeri sahaja yang mengambil cuti pada hari tersebut.

Negeri-negeri yang mengambil cuti sempena hari Israk Mikraj adalah negeri KedahNegeri SembilanPerlis dan Terengganu sahaja.

Hari Israk Mikraj 2025, Tarikh Cuti Umum Bagi 4 Negeri Di Malaysia 2

Semoga perkongsian hari Israk Mikraj 2025 ini bermanfaat dan selamat menghayati dan memperingati peristiwa Israk dan Mikraj.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More