Jabatan Meteorologi Keluar Nasihat Taufan Tahun 2021
![](https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2021/04/tcer166-750x430.jpg)
![Jabatan Meteorologi Keluar Nasihat Taufan Tahun 2021 1 jabatan](https://www.tcer.my/wp-content/uploads/2021/04/tcer165.jpg)
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat taufan (SURIGAE) yang berada di kedudukan 1,412 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah.
Dalam kenyataan pada Sabtu, MetMalaysia memaklumkan kedudukan taufan itu kira-kira 477 km ke timur laut Tacloban, Filipina.
Jabatan MetMalaysia Minta Berjaga-jaga
Ia itu turut memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 8 malam Sabtu, angin taufan tersebut bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 20 km sejam (km/j), manakala kelajuan angin boleh mencapai maksimum 203 km/j.
MetMalaysia bagaimanapun memaklumkan taufan itu tidak memberikan kesan signifikan terhadap Malaysia.
Sumber Sinar Harian
Artikel Penuh : Tips Solat Pada Waktu Walaupun Mempunyai Anak Kecil