Tarikh Dan Jadual Waktu STAM 2023
Berikut dikongsikan jadual waktu STAM 2023 untuk makluman dan rujukan utama semua calon-calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), ibu bapa dan guru-guru.
Isi Kandungan
Jadual Waktu STAM 2023
Menurut Lembaga Peperiksaan, peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 akan berlangsung pada 2 hingga 11 Januari 2024.
Berikut merupakan jadual rasmi peperiksaan STAM 2023 yang merangkumi tarikh dan waktu peperiksaan secara terperinci mengikut jenis kertas peperiksaan yang akan dijalankan.
Tarikh | Waktu Peperiksaan | Kod Kertas | Nama Kertas | Maklumat Peperiksaan |
2 Januari 2024 (Selasa) | 8.00 pagi – 9.15 pagi (1 jam 15 minit) | S102/11 | Fiqh Kertas 1 | Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat |
2 Januari 2024 (Selasa) | 10.00 pagi – 12.30 tengah hari (2 jam 30 minit) | S102/21 | Fiqh Kertas 2 | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
3 Januari 2024 (Rabu) | 8.00 pagi – 9.15 pagi (1 jam 15 minit) | S106/11 | Nahu Dan Sarf Kertas 1 | Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat |
3 Januari 2024 (Rabu) | 10.00 pagi – 12.30 tengah hari (2 jam 30 minit) | S106/21 | Nahu Dan Sarf Kertas 2 | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
4 Januari 2024 (Khamis) | 8.00 pagi – 9.15 pagi (1 jam 15 minit) | S104/11 | Tafsir Dan Ulumuhu Kertas 1 | Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat |
4 Januari 2024 (Khamis) | 10.00 pagi – 12.30 tengah hari (2 jam 30 minit) | S104/21 | Tafsir Dan Ulumuhu Kertas 2 | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
8 Januari 2024 (Isnin) | 8.00 pagi – 9.15 pagi (1 jam 15 minit) | S103/11 | Tauhid Dan Mantiq Kertas 1 | Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat |
8 Januari 2024 (Isnin) | 10.00 pagi – 12.30 tengah hari (2 jam 30 minit) | S103/21 | Tauhid Dan Mantiq Kertas 2 | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
9 Januari 2024 (Selasa) | 8.00 pagi – 10.30 pagi (2 jam 30 minit) | S105/21 | Hadith Dan Mustolah | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
9 Januari 2024 (Selasa) | 2.30 petang – 5.00 petang (2 jam 30 minit) | S110/21 | Balaghah | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
10 Januari 2024 (Rabu) | 8.00 pagi – 10.30 pagi (2 jam 30 minit) | S101/21 | Hifz Al-Quran Dan Tajwid | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
10 Januari 2024 (Rabu) | 2.30 petang – 5.00 petang (2 jam 30 minit) | S107/21 | Insya’ Dan Mutalaah | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
11 Januari 2024 (Khamis) | 8.00 pagi – 10.30 pagi (2 jam 30 minit) | S109/21 | ‘Arudh Dan Qafiyah | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
11 Januari 2024 (Khamis) | 2.30 petang – 5.00 petang (2 jam 30 minit) | S108/21 | Adab Dan Nusus | Calon menyemak butiran pada muka hadapan Kertas Peperiksaan |
Tambahan Masa Peperiksaan Bagi Calon Berkeperluan Khas
Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis Kertas Peperiksaan STAM 2023.
- Calon kemalangan yang layak mendapat masa tambahan ialah calon yang tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis.
- Kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas nasihat Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (u.p.: Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan).
Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan pendidikan khas iaitu Kategori A dan Kategori B.
Kategori A
Kategori ini adalah untuk calon yang mempunyai masalah pembelajaran, kurang upaya penglihatan (Buta), kurang upaya penglihatan (Rabun), kurang upaya pelbagai dan kurang upaya fizikal.
Masa Yang Diperuntukkan Dalam Jadual Waktu Peperiksaan | Masa Tambahan Yang Diberi |
1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit | 30 minit |
lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit | 1 jam |
lebih 2 jam 30 minit | 1 jam 30 minit |
Kategori B
Kategori ini pula adalah untuk calon yang mempunyai masalah kurang upaya pendengaran / kurang upaya pertuturan.
Masa Yang Diperuntukkan Dalam Jadual Waktu Peperiksaan | Masa Tambahan Yang Diberi |
1 jam | 15 minit |
1 jam 15 minit | 20 minit |
1 jam 30 minit | 25 minit |
1 jam 45 minit | 30 minit |
2 jam | 30 minit |
2 jam 15 minit | 35 minit |
2 jam 30 minit | 40 minit |
3 jam | 45 minit |
Diharapkan perkongsian Jadual Waktu STAM 2023 ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat terutamanya kepada semua calon STAM, ibu bapa dan guru di luar sana.
Selamat menjalani peperiksaan kepada semua calon-calon STAM bagi tahun 2023 dan semoga berjaya!