Jamuan Raya Yang Kecundang
Jamuan Raya? Walaupun sudah diumum Hanya Pada Hari Raya Pertama saja dibenarkan aktiviti kunjung-mengunjung, namun masih ada juga yang pekakkan telinga,butakan mata dengan apa yang kerajaan umumkan.
Lepas tu pelbagai alasan dibuat bila pihak berkuasa sudah berada tempat ‘majlis open house’. Ada yang tak tahu tentang Hanya pada hari raya pertama saja dibenarkan kunjung-mengunjung. Penulis pun naik hairan dengan perangai orang Malaysia ni.
Jamuan Raya
Kalau nak dicakap tak tengok tv(berita) ada kemungkinan la juga.Sebab macam penulis sendiri kurang menonton tv, tv rosak. Tapi smartphone memang penulis akan buka. Ha..dari situ segala info terkini bolehlah diketahui segera. Jadi, alasan individu yang kononnya ‘tidak tahu’ tu boleh diterima atau bagaimana?
Apapun, bagi anda yang memang keras kepala masih juga nak buat open house lepas tu jemput rakan-rakan bagai, maknanya korang sudah bersedia untuk dikompaun.
SERAMAI 23 individu dikompaun RM1,000 setiap seorang selepas berkumpul di sebuah rumah di Simpang Setia Jaya Guar Chempedak, Gurun bagi menghadiri jamuan Aidilfitri.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pemeriksaan di rumah terbabit dilakukan anggotanya ketika rondaan penguatkuasaan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 8.30 malam semalam.
“Ketika polis tiba didapati 23 orang sedang menjamu selera atas jemputan tuan rumah.
“Mereka berusia antara 19 sehingga 25 tahun diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahnaz berkata, dalam soal siasat, semua mereka mengaku berkumpul untuk tujuan jamuan makan sempena Aidilfitri, manakala pemilik rumah berusia 24 tahun memaklumkan menjemput tetamu yang juga rakan baik dan saudara-maranya.
Katanya, bagaimanapun pemilik itu mendakwa ada tetamu jemputan membawa rakan mereka yang tidak dikenalinya.
“Untuk itu mereka didapati melanggar Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 yang membolehkan kompaun dikenakan,” katanya.
kredit picture : Hmetro