Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Janji Temu KKM Melalui MySejahtera Bermula Januari 2023

Janji temu KKM melalui MySejahtera bermula Januari 2023 ini sebagai salah satu usaha Kementerian Kesihatan Malaysia kurangkan masa menunggu dapatkan rawatan dan atasi kesesakan di pusat kesihatan.

Isi Kandungan

Tujuan Janji Temu KKM Melalui MySejahtera

Sebagaimana yang dikongsi di laman facebook rasmi Kementerian Kesihatan Maaysia, sistem janji temu melalui Aplikasi MySejahtera yang sedia ada di semua fasiliti kesihatan primer akan diperluaskan kepada perkhidmatan kesihatan primer dan akses klien di fasiliti kesihatan primer.

Pembaharuan ini juga selari dengan usaha KKM sentiasa komited ke arah pendigitalan sistem kesihatan agar sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021 – 2025 KKM di bawah Teras Strategik 2 iaitu Pemantapan Teknologi Baharu.

janji temukkm melaui mysejahtera

Perkhidmatan Yang Boleh Ditempah Melalui MySejahtera

Perkhidmatan kesihatan yang boleh ditempah melalui fungsi ini adalah seperti yang berikut :

  • Rawatan Pesakit Luar
  • Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
  • Saringan Kesihatan PeKa B40
  • Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
  • Saringan Pra-Perkahwinan
  • Khidmat Berhenti Merokok
  • Perkhidmatan Perancang Keluarga
  • Prosedur (rawatan luka, penukaran tiub, dll)

janji temu KKM melalui MySejahtera

Bayaran Janji Temu

Tiada bayaran dikenakan bagi penggunaan fungsi Janji Temu. Walaubagaimanapun, terdapat keperluan bayaran atau cas perkhidmatan di fasiliti-fasiliti kesihatan primer kerajaan berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) 1982 dan Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017.

Berapa Janji Temu Dalam Satu Masa

Pengguna aplikasi MySejahtera hanya boleh menempah SATU(1) slot janji temu untuk SATU (1) jenis perkhidmatan pada satu masa SAHAJA. Untuk menempah janji temu yang baru, pengguna perlu menekan butang “Batal” atau “Menjadualkan Semula”.

Dokumen Yang Perlu Dibawa

Ketika janji temu KKM melalui MySejahtera dibuat, antara beberapa dokumen yang perlu dibawa adalah:

  • Kad pengenalan MyKAD/Pasport (untuk tujuan pengesahan)
  •  Dokumen perubatan dan peribadi yang penting dan yang berkaitan (sekiranya perlu).
  • Borang saringan yang berkaitan (sekiranya anda hadir untuk saringan kesihatan).

Pesakit juga perlu pastikan aplikasi MySejahtera anda telah dikemaskini termasuk segala butiran yang penting bagi melancarkan proses pendaftaran kehadiran dan pengesahan.

Mendapatkan Rawatan Tanpa Janji Temu

Ada juga persoalan bolehkah hadir ke fasilit kesihatan jika tidak membuat janji temu terlebih dahulu. Ia merujuk kepada mungkin warga emas yang tidak berapa pandai teknologi, atau golongan yang tiada telefon pintar.

Jawapannya, Boleh. Sila hadir ke fasiliti kesihatan yang berdekatan anda untuk mendapatkan rawatan/perkhidmatan yang diperlukan. Walaubagaimanapun, kehadiran dan pendaftaran tanpa janji temu atas sebab kecemasan akan tertakluk kepada penilaian / “triage” dan budi bicara pihak fasiliti kesihatan tersebut.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai janji temu KKM melalui MySejahtera ini boleh layari:

Penutup

Jika ada dalam kalangan kita yang aplikasi MySejahtera telah lama tak update, boleh rujuk Cara Update MySejahtera untuk berbuat demikian. Pastikan aplikasi MySejahtera kita dalam keadaan yang sedia untuk digunakan.

Mudah-mudahan, perlaksanaan janji temu KKM melalui MySejahtera ini dapat memudahkan urusan semua.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More