Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong ANGKASA Tahun 2025
Jawatan Kosong ANGKASA bagi tahun 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong ANGKASA
Maklumat Jawatan Kosong ANGKASA yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Lokasi Penempatan | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|
Pengurus ANGKASA Negeri | Kontrak | Pejabat ANGKASA Negeri Selangor – Bahagian Pengurusan Perniagaan / Seksyen ANGKASA Niaga (JPAN & Anak Syarikat) (Kumpulan Perniagaan Koperasi) | 2 Februari 2025 |
Pegawai | Kontrak | Ibu Pejabat Bahagian Pertanian Asas Tani Dan Perladangan / Seksyen Pertanian Asas Tani (Kumpulan Pembangunan Koperasi) | 2 Februari 2025 |
Pembantu Am | Kontrak | Pejabat ANGKASA Negeri Perak – Bahagian Pengurusan Perniagaan / Seksyen ANGKASA Niaga (JPAN & Anak Syarikat) (Kumpulan Perniagaan Koperasi) | 2 Februari 2025 |
Untuk makluman, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) adalah koperasi Apex yang diiktiraf oleh Kerajaan sebagai Badan Puncak Gerakan Koperasi Malaysia.
ANGKASA melaksanakan program transformasi koperasi melalui penyertaan projek ekonomi berimpak tinggi.
ANGKASA terus menjalankan khidmat teras iaitu menyediakan khidmat potongan gaji kepada kakitangan Kerajaan, Badan Berkanun, kelab, koperasi, kesatuan dan syarikat GLC.
Justeru, jika anda seorang yang berdedikasi dan bermotivasi, bolehlah memohon jawatan kosong yang telah diiklankan ini.
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong ANGKASA ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pengurus ANGKASA Negeri
Calon lantikan Jawatan Kosong ANGKASA hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Awam / Pentadbiran Perniagaan / Ekonomi dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Mempunyai kemahiran analitikal yang tinggi, kemahiran komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang Sektor Koperasi, Pengurusan Strategik, Perniagaan, Pengurusan Projek dan Kewangan adalah diutamakan.
Jawatan Pegawai
Calon lantikan Jawatan Kosong ANGKASA hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pertanian / Perladangan / Agronomi dan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Mempunyai kemahiran analitikal yang tinggi, kemahiran komunikasi dan penyelesaian masalah yang baik.
Jawatan Pembantu Am
Calon lantikan Jawatan Kosong ANGKASA hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan Surat Permohonan dan menyatakan Jawatan Yang Dipohon beserta butiran peribadi terperinci (Resume / CV) yang mengandungi:
- gambar,
- maklumat kelayakan akademik,
- pengalaman,
- kemahiran,
- kualiti personal,
- gaji semasa,
- gaji dipohon, serta
- Salinan Sijil-Sijil Akademik / berkaitan, dan
- Gambar Terkini Berukuran Pasport
kepada alamat berikut sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 2 Februari 2025 (Ahad):
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
ANGKATAN KOPERASI KEBANGSAAN MALAYSIA BERHAD
Wisma Ungku A.Aziz, Jalan SS 6/1 Peti
Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya, Selangor
(U/P: Pengurus Besar, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Tadbir Urus)
Melalui E-mel: [email protected]
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) 2025,
- Jawatan Kosong Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2025,
- Jawatan Kosong SATU 2025,
- Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) 2025,
- Jawatan Kosong Institut Kemahiran MARA (IKM) 2025,
- Pengambilan SPP 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong ANGKASA yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.