Jawatan Kosong Bomba April 2023
Jawatan Kosong Bomba April 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.
Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Bomba April 2023
Maklumat Jawatan Kosong Bomba April 2023 adalah seperti berikut:
Jawatan |
Info Lanjut |
Pegawai Bomba Bantuan (PBB) |
|
Apa Itu Pegawai Bomba Bantuan?
Pegawai Bomba Bantuan (PBB) adalah satu inisiatif kepada orang awam yang berminat untuk mendaftarkan diri dan perlu menjalani latihan intensif dalam tugas memadam kebakaran dan menyelamat.
Pegawai Bantuan Bomba yang terpilih perlu mendaftar di balai berhampiran dan berada dalam keadaan siap siaga jika diperlukan dan dibayar elaun sama seperti pasukan bantuan sedia ada ditubuhkan bagi meningkatkan kecekapan masa bertindak.
Syarat/Kelayakan Permohonan
Calon-calon bagi lantikan Jawatan Kosong Bomba April 2023 hendaklah memikili kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang betulis
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan dan tidak melebihi 35 tahun
- Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau berkelayakan yang berkelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah
- Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.60m bagi lelaki dan 1.54m bagi wanita tanpa bersepatu
- Berat badan sekurang-kurangnya 49 kg bagi lelaki dan 47 kg bagi wanita
- Mempunyai penglihatan yang baik
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar
- Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa
- Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5 km daripada Balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai
Cara Memohon
Permohonan Jawatan Kosong Bomba April 2023 hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat tertera di atas atau dalam Laman Web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan semua permohonan hendaklah disertakan dengan
- Sekeping gambar terbaru berukuran pasport
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan
- Dokumen-dokumen / sijil-sijil lain yang berkaitan yang telah disahkan
Bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan – Borang PBB 4 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat tertera di atas atau pada Laman Web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum jam 5 petang pada 28 April 2023 kepada:
IBU PEJABAT
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH
JALAN LINTAS, LIKAS
BEG BERKUNCI 30
88990 KOTA KINABALU
SABAH
(UP : BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT)
Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Bomba April 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.
Maklumat Tambahan
Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di PETRONAS 2023, Jawatan Kosong Di JKR 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.
Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Bomba April 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!