Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sehingga 54 Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Maklumat Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJumlah KekosonganJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5Kontrak / Tetap2RM 1,650.00 – RM 6,620.0025 Oktober 2024
Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1Kontrak / Tetap52RM 1,500.00 – RM 4,680.0025 Oktober 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Sehingga 54 Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 1

Jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5

Calon lantikan Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1

Calon lantikan Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Sehingga 54 Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More