Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Di JPNIN Pengambilan September 2024

Jawatan Kosong Di JPNIN kini dibuka lagi untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di JPNIN

Maklumat Jawatan Kosong Di JPNIN yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanJumlah KekosonganLokasi PenempatanJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Guru Tabika Perpaduan Gred S292Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri TerengganuRM 1,493.00 – RM 5,672.001 September 2024
Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S191Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri SarawakRM 1,352.00 – RM 4,003.001 September 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di JPNIN ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Kosong Di JPNIN Pengambilan September 2024 1

Jawatan Guru Tabika Perpaduan Gred S29

Calon lantikan Jawatan Kosong Di JPNIN hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Calon hendaklah memiliki Diploma dalam Bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan ialah pada Gred S29: RM 1,770.95); dan
  • Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan adalah kepada calon yang menetap di Negeri Terengganu sahaja.
  • Deskripsi tugas jawatan ini adalah seperti berikut:
  1. Melaksanakan tugas Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) setiap hari mengikut kurikulum yang telah ditetapkan.
  2. Merancang PdP yang boleh mewujudkan dan merangsang minat untuk meneroka sesuatu yang baru serta meningkatkan motivasi supaya bersedia untuk belajar.
  3. Membimbing murid semasa menjalankan aktiviti harian di tabika perpaduan supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
  4. Melaksanakan penilaian berterusan berkaitan perkembangan murid serta tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19

Calon lantikan Jawatan Kosong Di JPNIN hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan ialah pada Gred S19: RM 1,352.00); dan
  • Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi tugas jawatan ini adalah seperti berikut:
  1. Membantu pengurusan Rukun Tetangga (RT), Tabika Perpaduan (TP), Taska Perpaduan (TSP), Skim Rondaan Sukarela (SRS), Mediator Komuniti (MK), Kelab Rukun Negara (KRN) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN).
  2. Melaksanakan aktiviti kemasyarakatan berbentuk penggalakan, pemupukan, pencelahan dan pemulihan dalam aspek perpaduan, integrasi nasional, bina negara dan silang budaya.
  3. Membantu pemantauan dan pengesanan isu-isu yang boleh mengancam dan menggugat perpaduan.
  4. Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang boleh diperolehi di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional atau layari laman sesawang https://www.jpnin.gov.my.

Borang permohonan yang telah lengkap bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan perlu dihantar ke alamat yang telah ditetapkan pada IKLAN PENUH PERMOHONAN bagi jawatan masing-masing.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Di JPNIN Pengambilan September 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di JPNIN ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Di JPNIN yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More