Jawatan Kosong Di KKM 2024 (Pengambilan Semenanjung, Sabah & Sarawak)
Jawatan Kosong Di KKM bagi Mei 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Di KKM
Maklumat Jawatan Kosong Di KKM bagi Mei 2024 adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Jumlah Kekosongan | Jumlah Simpanan | Lokasi Penempatan | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|---|
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Rekod Perubatan) | 3 | 6 | KKM Sabah | 9 Mei 2024 |
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Rekod Perubatan) | 4 | 8 | KKM Sarawak | 9 Mei 2024 |
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Rekod Perubatan) | 13 | 20 | KKM Semenanjung | 9 Mei 2024 |
Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 | 1 | 5 | KKM Semenanjung | 9 Mei 2024 |
Penolong Pengurus Asrama Gred N29 | 1 | 5 | KKM Sarawak | 9 Mei 2024 |
Penolong Pegawai Sains Gred C29 | 1 | 5 | KKM Semenanjung | 9 Mei 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Di KKM bagi Mei 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Rekod Perubatan)
Calon lantikan Jawatan Kosong Di KKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan N29: RM1,493.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan N29: RM1,493.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan N29: RM1,493.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan N29: RM1,770.95); dan
- Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
- Hanya calon yang telah memperoleh STPM / STAM / Sijil Matrikulasi KPM / Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29
Calon lantikan Jawatan Kosong Di KKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains. (Gaji Permulaan Q29: RM1496.00); atau
- Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Q29: RM1,496.00); atau
- Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan Q29: RM1,496.00); atau
- Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Q29: RM1,774.37); atau
- Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Q29: RM1,849.57); atau
- Diploma Sains Veterinar / Haiwan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya. (Gaji Permulaan Q29: RM1,924.77); dan
- Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
- Hanya calon yang telah memperoleh STPM / Sijil Matrikulasi KPM / Sijil / Sijil Pertanian / Diploma / Diploma Sains Veterinar / Haiwan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Jawatan Penolong Pengurus Asrama Gred N29
Calon lantikan Jawatan Kosong Di KKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan N29: RM1,493.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan N29: RM1,493.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan N29: RM1,493.00); atau
- Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan: N29: RM1,770.95); dan
- Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
- Hanya calon yang telah memperoleh STPM / STAM / Sijil Matrikulasi KPM / diploma yang diiktiraf dan disahkan oleh senat / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29
Calon lantikan Jawatan Kosong Di KKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji Permulaan C29: RM1,505.00); atau
- Sijil Matrikulasi KPM (Jurusan Sains). (Gaji Permulaan C29: RM1,505.00); atau
- Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan C29: RM1,782.91); atau
- Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan C29: RM1,858.12); dan
- Syarat Bahasa Melayu adalah Kepujian di peringkat SPM / SVM.
- Hanya calon yang telah memperoleh STPM / Sijil Matrikulasi KPM / Diploma dalam bidang sains atau teknologi atau kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf dan disahkan oleh senat / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Cara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 9 Mei 2024, jam 11.59 malam.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong UITM 2024,
- Jawatan Kosong TNB 2024,
- Pengambilan TLDM Siri 228/24,
- Jawatan Kosong UPM 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Di KKM bagi tahun 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.