Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong Di KPBKL Tahun 2024

Jawatan Kosong Di KPBKL kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di KPBKL

Maklumat Jawatan Kosong Di KPBKL yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJabatan / BahagianTarikh Tutup Permohonan
PensyarahKontrakAkademik & Penyelidikan29 September 2024
EksekutifKontrakUnit Audit Dalam29 September 2024
Pereka GrafikKontrakPerancangan Strategik & Komunikasi29 September 2024
Anggota KeselamatanKontrakPengurusan Fasiliti29 September 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di KPBKL ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong Di KPBKL Tahun 2024 1

Jawatan Pensyarah

Calon lantikan Jawatan Kosong Di KPBKL hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam / Pengajian Islam dan Bahasa Arab / Syariah / Fiqh dan Usul serta bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Berpengalaman mengajar dalam bidang Fiqh Ibadah Haji dan Umrah serta Operasi Haji di Tanah Air dan di Tanah Suci adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai pengalaman luas dalam bidang pelancongan Islam khususnya Ibadah Haji dan Umrah adalah satu kelebihan.

Jawatan Eksekutif

Calon lantikan Jawatan Kosong Di KPBKL hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Perakaunan / Kewangan / Matematik / Sains / Pentadbiran / Perniagaan / Teknologi Maklumat / Teknikal dan bidang yang berkaitan diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 1 hingga 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
  • Berkebolehan untuk memimpin serta boleh berfikir secara kreatif dan kritis, berkebolehan tinggi dalam pengurusan, komited dalam kerja berkumpulan, analitis, fleksibel, proaktif dan berkemampuan bekerjasama dengan semua lapisan anggota dan perhubungan dengan agensi luar.
  • Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan komputer dalam aplikasi Microsoft Office.

Jawatan Pereka Grafik

Calon lantikan Jawatan Kosong Di KPBKL hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Design / Creative Multimedia dan bidang yang berkaitan diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 1 hingga 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang rekaan grafik.
  • Berkebolehan untuk berfikir secara kreatif dan kritis, berkebolehan tinggi dalam pengurusan, komited dalam kerja berkumpulan, analitis, fleksibel, proaktif dan berkemampuan bekerjasama dengan semua lapisan anggota dan perhubungan dengan agensi luar.
  • Berpengetahuan dan mahir menggunakan Adobe Photoshop, Adobe Flash, Adobe serta yang setaraf dengannya.
  • Bersedia untuk belajar perkara baharu dan mampu berfikiran kritis dan kreatif. Berkemahiran dan kreatif dalam seni rekaan grafik, proaktif, pantas, komited serta berdisiplin.

Jawatan Anggota Keselamatan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di KPBKL hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan calon yang berumur 25 tahun sehingga 45 tahun adalah diberi keutamaan.
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Sijil Rendah Pelajaran (SRP) kelayakan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Bekas anggota Polis atau Tentera sekurang-kurangnya berpangkat konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
  • Berkebolehan dan berpengetahuan mengendalikan komputer.
  • Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan berkebolehan menulis dan komunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan Surat Permohonan, Resume dan Salinan Sijil serta Transkrip Akademik anda kepada alamat berikut:

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
TINGKAT 3, MENARA AKADEMIK
KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR
LOT 1363, JALAN PERKASA
TAMAN MALURI
55100 KUALA LUMPUR

E-mel: [email protected]

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong Di KPBKL Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di KPBKL ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Di KPBKL yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More