Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kajang 2021
Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kajang dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dialu – alukan untuk mengisi Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kajang seperti dibawah:
Isi Kandungan
Jawatan Kosong
- Penolong Jurutera (JA29 )
- Pembantu Setiausaha Pejabat (N19)
- Nama Majikan : MAJLIS PERBANDARAN KAJANG
- Lokasi Kekosongan: Selangor
- Tarikh Tutup Permohonan : 1 Mac 2021
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. - Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam
subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara membuat permohonan
- Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my.
- Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :
(i) Salinan Kad Pengenalan.
(ii) Sijil Kelahiran.
(iii) Sijil-sijil Persekolahan.
(iv) Sekeping Gambar Berukuran Pasport. - Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan
Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung. - Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan
hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab
‘A’ 1973 dan menyertakan bersama – sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan. - Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran /
kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas
sampul surat. - BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI / TIDAK MEMENUHI
SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja. - Hanya calon yang disenarai pendek sahaja layak dipanggil temuduga.
- Permohonan yang tidak menerima apa-apa makluman selepas enam (6) bulan dari tarikh
tutup iklan adalah tidak berjaya. Calon yang dipanggil temuduga dan tiada makluman
selepas enam (6) bulan dari tarikh temuduga adalah tidak berjaya. Tiada makluman bersurat
akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang.Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia.)
Klik pautan “MOHON SINI” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup bagi permohonan Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kajang.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
>>> IKLAN PENUH PERMOHONAN
Pastikan anda rujuk iklan penuh dibawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Jawatan kosong di Majlis Perbandaran Kajang memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih
Menarik untuk dibaca: Dividen KESP 2021 Dijangka rendah