Jawatan kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Jawatan kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dialu – alukan untuk mengisi jawatan kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) seperti dibawah:
Isi Kandungan
Jawatan Kosong
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
- Pegawai Tadbir
- Jurutera
- Pegawai Kebudayaan
- Penolong Arkitek Landskap
- Pembantu Awam
- Nama Majikan : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Lokasi Kekosongan : Perak
- Tarikh Tutup Permohonan : 3 Mei 2021
Syarat Permohonan
Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)
Cara membuat permohonan
Pemohon perlu mendaftar dan mempunyai akaun dengan Online Job Application UPSI
(myjobs.upsi.edu.my).
Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, pemohon tidak perlu mendaftar semula atau mewujudkan akaun baru, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
Permohonan secara atas talian perlu diisi dengan lengkap kerana permohonan akan diproses
menggunakan permohonan atas talian ini. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak dan tidak
akan diproses.
Setelah permohonan lengkap diisi,
- sila cetak dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan;
- sila sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan
sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke
atas); - dihantarkan ke alamat yang tertulis di bawah dan bukan diemel;
- pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf tetap/ kontrak/ sementara) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).
Pemohon perlu menyemak dari semasa ke semasa pengumuman yang dibuat di bahagian “Semak Permohonan” di myjobs.upsi.edu.my untuk mengetahui status terkini permohonan. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa tidak mengetahui mengenai status permohonannya disebabkan pemohon tidak menyemak status permohonan secara atas talian di ruangan tersebut.
Pemohon diminta mengisi maklumat alamat emel yang aktif. Permohonan secara atas talian ini akan menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon.
Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pihak pemohon tidak menerima makluman yang dihantar secara emel kepada pemohon yang disebabkan oleh pemohon tidak mengakses emelnya.
Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
Sila hantarkan permohonan ke:
Unit Perjawatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak
Klik pautan “MOHON SINI” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
>>> IKLAN PENUH PERMOHONAN
Pastikan anda rujuk iklan penuh dibawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan jawatan kosong di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih
Menarik untuk dibaca : Bazar Ikonik jalan Hang Tuah Ditutup