Jawatan kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Jawatan kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dialu – alukan untuk mengisi jawatan kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) seperti dibawah:
Isi Kandungan
Jawatan Kosong
- Pensyarah Universiti Gred DS51/DS53/VK7
- Pensyarah Perubatan Gred DU51/DU53/DU55/VK7
- Pegawai Perubatan Gred UD43
- Jurutera Gred J41
- Pegawai Tadbir Gred N41
- Pustakawan Gred S41
- Penolong Pegawai Sains Gred C29
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
- Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29
- Penolong Pegawai Perubatan Gred U29
- Jurufotografi/ Juruvideo Gred B19
- Pembantu Keselamatan Gred KP19
- Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19
- Pengawal Keselamatan Gred KP11
- Nama Majikan : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Lokasi Kekosongan: Kuala Lumpur
- Tarikh Tutup Permohonan : 28 Mei 2021
Syarat Permohonan
Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)
Cara membuat permohonan
Pemohon jawatan kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) perlu melalui sistem e-recruitment UPNM. Sila daftar login anda di alamat:
http://erecruitment.upnm.edu.my dan lengkapkan maklumat permohonan dan resume anda
secara online. Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan
pada hari temuduga;
Permohonan daripada pegawai/anggota yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau
Badan Berkanun perlu mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dengan
mengemukakan salinan Laporan Penilaian Prestasi terkini, salinan Buku Perkhidmatan
yang dikemas kini dan salinan dokumen/sijil seperti di atas.
Bagi permohonan untuk jawatan akademik, pemohon juga perlu mengisi Borang
Permohonan Jawatan Akademik (UPNM.PEND.HRM.001). Borang tersebut boleh di dapati
di laman web http://pendaftar.upnm.edu.my . Borang yang lengkap diisi perlu di sertakan
bersama salinan yang disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional
(Kumpulan A) bagi dokumen/sijil berikut:
a) Resume terkini
b) Kad Pengenalan
c) Sijil-sijil Akademik (SPM/STPM/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD)
d) Sijil-sijil Ko-kurikulum / Penglibatan NGO
e) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada majikan (bagi pekerja swasta / industri)
f) Slip gaji terakhir (jika masih berkhidmat)
Satu set permohonan yang telah lengkap hendaklah diposkan ke alamat seperti berikut:
Unit Perjawatan, Pengambilan dan Laluan Kerjaya (Akademik)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur
Jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.
Sila kemukakan pada atau sebelum tarikh tutup permohonan.
Hanya pemohon yang memenuhi syarat skim, layak selepas tapisan dan di senarai pendek
sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Klik pautan “MOHON SINI” di bawah dan rujuk maklumat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan kerja tersebut.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
>>> IKLAN PENUH PERMOHONAN
Pastikan anda rujuk iklan penuh dibawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan jawatan kosong di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih
Menarik untuk dibaca :
Media Prima Buka Sumbangan Tabung Kemanusian Palestin
Jawatan Kosong Di Universiti kebangsaan Malaysia