Jawatan Kosong Di Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Permohonan jawatan kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dialukan untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.
Calon berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dialu – alukan untuk mengisi kekosongan di UiTM seperti dibawah:
Isi Kandungan
Jawatan Kosong
- Pensyarah UiTM
- Pengurus Ladang G41
- Penolong Pegawai Farmasi U29
- Jururawat U29
- Juru X-Ray U29
- Penolong Jurutera JA29
- Jurufotografi B19
- Pembantu Pembedahan Pergigian U19
Cara Membuat Permohonan Untuk Staf
Staf UiTM berstatus tetap/kontrak yang berminat untuk memohon perlu membuat permohonan melalui sistem aplikasi dalam talian (online) di Portal i-Staf>> eProses & Sistem Sokongan >> ePengambilanStaf.
Cara Membuat Permohonan Untuk Bukan Staf
Bagi staf kontrak Tabung Amanah/Pekerja Sambilan Harian serta bukan staf UiTM, permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan dibuat melalui sistem aplikasi dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 14 Februari 2021 hingga 1 Mac 2021.
Pemohon hanya boleh memohon untuk SATU (1) jawatan yang diiklankan dengan menggunakan SATU (1) nombor pin SAHAJA.
- Lokasi : Shah Alam & Puncak Alam
- Taraf Pelantikan: Tetap/Kontrak
- Tarikh Tutup Permohonan: 1 Mac 2021
Pastikan anda rujuk iklan penuh dibawah terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda
Penutup
Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan kekosongan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih
Menarik untuk dibaca: Jawatan Kosong Astro Malysia