Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong FAMA Bagi Tahun 2024

Jawatan Kosong FAMA kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong FAMA

Maklumat Jawatan Kosong FAMA yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanJumlah KekosonganLokasi PenempatanJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Anggota Projek FAMA (Kontrak) Gred K11Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala SelangorRM1,324.95 – RM3,291.2026 September 2024
Pekerja Upahan (Sambilan)9PMMF Kuala SelangorHarian 1 Jam x RM 5.77 (8.00 Pagi – 5.00 Petang)
Sehari RM 46.15
26 September 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong FAMA ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Pengambilan Jawatan Kosong FAMA Bagi Tahun 2024 1

Jawatan Anggota Projek FAMA (Kontrak) Gred K1

Calon lantikan Jawatan Kosong FAMA hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus dengan Kepujian subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut).
  • Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam Perkhidmatan Awam.
  • Bidang tugas jawatan ini adalah seperti berikut:
  1. Menyediakan dan merekod setiap transaksi kewangan harian.
  2. Menyediakan dokumen berkaitan pesanan pembelian dan memastikan invois belian disemak dan direkod dengan teliti.
  3. Membantu dalam menguruskan pembayaran kepada vendor, pembekal dan kakitangan.
  4. Membantu dalam penyediaan laporan kewangan berkala dan tahunan.
  5. Mengawasi stok produk jualan di pejabat serta menyelia stok di pusat pengedaran AgroMas.
  6. Membantu menguruskan permohonan pelupusan stok yang telah tamat tempoh mengikut prosedur yang ditetapkan.
  7. Menyediakan penyata hutang dan surat tuntutan hutang kepada penghutang.
  8. Memproses bayaran gaji kakitangan projek dan upahan, mengira kerja lebih masa dan tuntutan perjalanan kakitangan.
  9. Menguruskan sebarang urusan bank yang berkaitan dengan kewangan organisasi sekiranya diperlukan.
  10. Melaksanakan sebarang tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

Jawatan Pekerja Upahan (Sambilan)

Calon lantikan Jawatan Kosong FAMA hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam Perkhidmatan Awam.
  • Bidang tugas jawatan ini adalah seperti berikut:
  1. Membantu dalam aktiviti-aktiviti di PMMF Kuala Selangor.
  2. Bertanggungjawab melaksanakan tugas sebagai pekerja am.
  3. Mematuhi arahan dari semasa ke semasa.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p dan permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil SPM / SRP / PMR / PT3, Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.

Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat dan permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 26 September 2024 (Khamis).

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Jawatan Kosong FAMA Bagi Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong FAMA ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong FAMA yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More