Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FAMA 2025

Jawatan Kosong FAMA 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong FAMA 2025

Maklumat Jawatan Kosong FAMA 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJumlah KekosonganLokasi PenempatanJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Pegawai Jaminan Mutu Gred P3Anggota Projek FAMA (Kontrak)1Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala SelangorRM 1,760.55 – RM 4,785.5510 Februari 2025
Pembantu Jaminan Mutu Gred K1Anggota Projek FAMA (Kontrak)1Pusat Memproses Makanan FAMA Kuala SelangorRM 1,324.95 – RM 3,291.2010 Februari 2025

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong FAMA 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Pegawai Jaminan Mutu Gred P3

Calon lantikan Jawatan Kosong FAMA 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Memiliki Diploma dalam bidang teknologi makanan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam perkhidmatan awam.
  • Bidang tugas bagi jawatan ini adalah seperti berikut:
  1. Bertanggungjawab membuat pemeriksaan kualiti produk.
  2. Bertanggungjawab mengurus dan membentuk dokumentasi Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Pensijilan Halal Malaysia.
  3. Bertanggungjawab menguruskan aduan pelanggan dan kajiselidik kepuasan pelanggan.
  4. Bertanggungjawab dalam pembangunan produk baru (R&D) dan penambahbaikan produk sedia ada.
  5. Bertanggungjawab membuat lawatan audit ke premis pembekal dan menyediakan laporan akreditasi.
  6. Bertanggungjawab membantu tugas-tugas berkaitan pengeluaran produk.

Jawatan Pembantu Jaminan Mutu Gred K1

Calon lantikan Jawatan Kosong FAMA 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus dengan Kepujian subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut.
  • Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam perkhidmatan awam.
  • Bidang tugas bagi jawatan ini adalah seperti berikut:
  1. Bertanggungjawab mengambil sampel dan merekod sampel rujukan.
  2. Bertanggungjawab menjalankan analisa produk, merekod data atau keputusan analisa produk.
  3. Bertanggungjawab dalam penyediaan laporan mingguan dan bulanan analisa makmal.
  4. Bertanggungjawab dalam pemeriksaan dan merekod status kualiti produk akhir (pembungkusan / seal / berat dan tarikh luput).
  5. Bertanggungjawab membuat pemeriksaan dan pemantauan kebersihan seluruh kawasan kilang.
  6. Bertanggungjawab membantu tugas-tugas berkaitan pengeluaran produk.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p dan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Diploma / SPM / SRP / PMR / PT3, Sijil Persekolahan yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan kepada alamat berikut sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 10 Februari 2025 (Isnin):

PENGURUS
PUSAT MEMPROSES MAKANAN FAMA KUALA SELANGOR
KM.8 SG TERAP
45500 TANJONG KARANG
SELANGOR DARUL EHSAN

Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FAMA 2025 1
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong FAMA 2025 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong FAMA 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More