Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong iCEPS UiTM Tahun 2024
Jawatan Kosong iCEPS UiTM bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong iCEPS UiTM
Maklumat Jawatan iCEPS UiTM bagi tahun 2024 yang terkini ini adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Taraf Jawatan | Lokasi Penempatan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
---|---|---|---|---|
Penolong Pendaftar (Ketua Unit Komunikasi Korporat iCEPS) Gred N41 | Kontrak (Tabung Amanah iCEPS) | iCEPS – UiTM Cawangan Shah Alam | RM 2,080.00 – RM 9,546.00 | 10 Julai 2024 |
Penolong Akauntan Gred W29 | Kontrak (Tabung Amanah iCEPS) | iCEPS – UiTM Cawangan Shah Alam | RM 1,498.00 – RM 5,678.00 | 10 Julai 2024 |
Pegawai Eksekutif Gred N29 | Kontrak (Tabung Amanah iCEPS) | iCEPS – UiTM Cawangan Shah Alam | RM 1,493.00 – RM 5,672.00 | 10 Julai 2024 |
Kerani Gred N19 | Kontrak (Tabung Amanah iCEPS) | iCEPS – UiTM Cawangan Kelantan | RM 1,352.00 – RM 4,003.00 | 10 Julai 2024 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong iCEPS UiTM ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Penolong Pendaftar (Ketua Unit Komunikasi Korporat iCEPS) Gred N41
Calon lantikan Jawatan Kosong iCEPS UiTM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
- Keutamaan diberi kepada calon yang memiliki Ijazah dalam bidang Pengurusan, Komunikasi dan Media atau Perniagaaan. Memiliki pengalaman dalam mengendalikan dan menguruskan projek dan boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik).
Jawatan Penolong Akauntan Gred W29
Calon lantikan Jawatan Kosong iCEPS UiTM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau
- Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau
- Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,776.08); atau
- Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM2,001.68); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pegawai Eksekutif Gred N29
Calon lantikan Jawatan Kosong iCEPS UiTM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Kerani Gred N19
Calon lantikan Jawatan Kosong iCEPS UiTM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji Permulaan pada Gred N19: RM1,352.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred N19: RM1,408.40); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred N19: RM1,464.80); dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan Jawatan Kosong iCEPS UiTM ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA dan hantar ke alamat berikut:
PENGURUS
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN SUMBER MANUSIA
INSTITUT PENDIDIKAN BERTERUSAN DAN PENGAJIAN PROFESIONAL (iCEPS)
ARAS 1, UiTM – MTDC TECHNOPRENEUR CENTRE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
40450 SHAH ALAM
SELANGOR
Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan salinan sijil-sijil yang DISAHKAN benar. Dokumen dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan mengikut susunan berikut:
- Borang Permohonan.
- Salinan Kad Pengenalan.
- Salinan Sijil Kelahiran.
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah / PT3 / PMR / SPM / SVM / STP / STPM / STAM / HSC / Sijil Matrikulasi (KPM) / Diploma atau setaraf.
- Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci).
- Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
- Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji.
- Dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan jawatan yang berkenaan.
Pada sampul permohonan hendaklah ditulis dengan nama jawatan yang dimohon (sebelah kiri bahagian atas).
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 2024,
- Jawatan Kosong Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) 2024,
- Jawatan Kosong MARDI 2024,
- Jawatan Kosong Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 2024,
- Temuduga Terbuka Malaysia Airlines 2024,
- Jawatan Kosong MR DIY 2024,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong iCEPS UiTM yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.